Kesalahan Biasa Sering Dilakukan Lelaki Saat Bercukur!

Kesalahan Dalam Bercukur

Amalan bercukur merupakan kegiatan harian yang dilakukan oleh kaum lelaki apabila misai atau jambang di wajah semakin menebal.

Lazimnya, proses ini dilakukan seminggu atau dua minggu sekali bergantung pada keperluan masing-masing bagi memastikan wajah sentiasa bersih, kemas dan rapi.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan kaum lelaki saat menjalani proses mencukur.

Untuk kali ini, penulis senaraikan kesalahan biasa yang seringkali dilakukan oleh lelaki ketika bercukur. Jom semak!

1. Cuci Muka Dengan Air Sejuk

Kesalahan pertama yang seringkali dilakukan oleh lelaki ketika bercukur adalah membersihkan muka dengan air sejuk. Tahukah anda, air sejuk atau bersuhu rendah boleh mengecutkan pori-pori pada wajah. Kesannya, krim pencukur tidak boleh menembusinya dengan mudah dan menyukarkan proses bercukur anda.

Oleh itu, anda disarankan menggunakan air bersuhu sederhana panas saat membilas wajah sebelum bercukur dimana dapat membantu membuka pori-pori wajah serta melembutkan akar rerambut.

2. Tidak Guna Produk Pelembap

Wajah yang tidak lembap menjadi salah satu faktor kenapa proses mencukur anda tidak lancar. Bagi memastikan kelembapan kulit wajah, apakata anda menggunakan produk pelembap seperti minyak pre-shave pada jambang atau misai anda beberapa minit sebelum bercukur. Pastinya, proses mencukur anda akan berjalan lancar.

3. Bercukur Dengan Cara Lawan Arus

Lelaki, bercukur dengan cara melawan arus adalah kesilapan biasa yang selalu dilakukan oleh anda semua. Untuk mengelakkan berlakunya lecuran bilah pencukur pada wajah, anda mestilah mencukur pada satu arah yang sama dengan pertumbuhan rambut.

Bahkan, anda juga diingatkan jangan bercukur dengan cara yang kasar. Dengan tekanan yang kasar dan kuat akan memberi kesan yang teruk pada wajah selepas bercukur.

4. Tidak Ganti Bilah Pencukur

Untuk pengetahuan para pembaca, setiap satu bilah pencukur tidak boleh bertahan dalam masa yang lama dimana selepas 4 hingga 5 cukuran ianya perlu dibuang dan digantikan dengan yang baharu. Sebelum melakukan proses mencukur, sila pastikan bilah pencukur anda adalah bilah pencukur yang baharu.

5. Tidak Praktiskan Post-Shave

Tidak hairan jika masih lagi terdapat beberapa rerambut halus pada wajah anda selepas mencukur. Ianya disebabkan anda tidak mempraktiskan langkah post-shave selepas proses bercukur.

Dari meletakkan krim buih pencukur sehingga membilas wajah selepas bercukur, anda disyorkan untuk melihat kembali wajah di cermin bagi memastikan tiada rerambut halus yang terlepas pandang atau tercicir ketika mencukur.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aturan Sebenar Ketika Bercukur #Cara bercukur yang benar #Cara bercukur yang betul #Fakta Tentang Bercukur yang Lelaki Perlu Tahu #Kesalahan Dilakukan Anda Ketika Bercukur #Kesalahan Ketika Bercukur #Kesalahan Lazim Kala Bercukur #Kesalahan Lazim Saat Mencukur #Kesalahan Saat Bercukur yang Membuat Kulit Menderita #Kesalahan Yang Sering Lelaki Lakukan Ketika Bercukur #lelaki bercukur #Petua Lelaki Bercukur #Tip Dan Langkah Yang Betul Untuk Bercukur #Tips-tips Bercukur

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Comments are closed.