Senarai Makanan Sunnah & Kelebihannya!

List Makanan Sunnah Terbaik

Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ yang sangat penting iaitu otak. Mengapa menjaga pemakanan itu penting di dalam Islam? Allah SWT berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Surah Al-Baqarah : ayat 172)

Menjaga pemakanan bermakna menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam.

Senarai Makanan Sunnah Dan Kelebihannya

Berikut adalah makanan-makanan sunnah Rasulullah SAW yang baik untuk diambil kerana dapat membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat. Makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain.

Kismis

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Ramai ulama’ menggalakkan pelajar mereka mengamalkan kismis untuk menambah daya ingatan otak.

Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah SAW tentang kismis adalah :

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.  Kurma di iktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai buah yang bagus untuk otak.

Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:

“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel. Madu disebut dengan pelbagai kelebihan di dalam al-Quran.

Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Buah Tin

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah. Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.

Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok. Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Baginda SAW :

“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.” (Hadith Riwayat Abu Darda; Suyuti)

Minyak Zaitun

Para saintis telah menemui banyak kelebihan minyak zaitun. Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.

Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang.

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina sistem saraf. Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus selepas diperah.

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Habatus Sauda’

Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Sabda Rasulullah SAW :

“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.” (Hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Hurairah r.a)

Habbatus sauda mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat digambarkan. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Biji hitam ini boleh menghilangkan angin di perut, mengeluarkan cacing, ubat untuk Lepra, Malaria, membuka yang tersumbat, mengeringkan kelembapan di perut, melancarkan air kencing dan haid. Lemaknya untuk menghindari sengatan ular berbisa, merawat selsema dan sesak nafas serta boleh untuk berkumur dan merawat sakit gigi.

IMG_20171206_114610-150x150 Senarai Makanan Sunnah & Kelebihannya!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #jadi genius dengan makanan sunnah #jenis makanan terbaik #khasiat makanan sunnah #list makanan sunnah #makanan kegemaran nabi muhammad #makanan sunnah #makanan sunnah Rasulullah #makanan sunnah terbaik #makanan sunnah untuk kesuburan wanita #makanan sunnah yang perlu diamalkan #produk makanan sunnah #senarai makanan sunnah #sunnah nabi muhammad saw lengkap

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.