Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!

Cara Buat Pisang Goreng Rangup Lagi Crispy!

Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman, pisang goreng divariasikan dengan pelbagai resipi baru seperti pisang goreng cheese, pisang goreng coklat dan sebagainya.

Namun, jika tidak digoreng dengan rangup, kenikmatannya sedikit berkurang ketika dimakan. Sebenarnya membuat pisang goreng ni bukanlah sesuatu yang sukar.

Tapi masalah yang selalu dihadapi ialah bila pisang goreng tidak rangup dan tepung yang menyaluti pisang goreng itu menjadi liat setelah pisang goreng itu sejuk.

Pos kali ini berkongsikan tiga resipi untuk membuat pisang goreng crispy atau pisang goreng rangup.

Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy

Resipi 1

Bahan-bahan:

  • Pisang (pisang kebatu, pisang raja, pisang kapas dan sebagainya)
  • 2 cawan gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu besar minyak panas (betul-betul panas)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
  3. Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
  4. Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Resipi 2

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 Biji Telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
  • Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

Cara-Cara:

  1. Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
  3. Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum.
  4. Setelah benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Resipi 3

Bahan-bahan:

  • Pisang secukupnya
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit baking powder
  • 4 sudu besar kelapa parut

Cara-cara:

  1. Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
  2. Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
  4. Panakan minyak untuk menggoreng.
  5. Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.

*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

Loading...

Tags: #aneka resepi pisang goreng #cara membuat pisang goreng yang rangup #cara rangupkan pisang goreng #resepi goreng pisang crispy #resepi goreng pisang rangup #resepi goreng pisang terengganu #resepi pisang #resepi pisang goreng #resepi pisang goreng crispy #resepi pisang goreng rangup #resepi tepung goreng pisang kelantan

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Comments are closed.