Berbaloikah Lelaki Pikat Gadis Cantik Sebagai Teman Hidup?

Pikat Perempuan

Seorang lelaki akan terfikir berbaloikah untuk memiliki gadis cantik sebagai teman hidup mereka? Mari kita tengok beberapa isu yang mungkin menjadi penyebab kenapa kurangnya mereka membuat pilihan demikian.

ISU 1 :
Mereka berpendapat bahawa perempuan sebegini sudah mempunyai teman lelaki dan akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan. Dalam hati sering berbisik;

“Siapalah aku ni, ada hati pulak nak ngurat awek cun tu”

Maka, lelaki akan mudah berputus asa sebelum mencuba. Kalau yang berani nak try pun just sebagai eksperimen sebab resultnya pasti 90% akan GAGAL.

ISU 2 :


Kadangkala, lelaki kurang akan tegur perempuan yang cantik oleh kerana mereka akan berasa gugup dan segan. Rasa macam tebal je muka ni bila cuba nak dekat kepada perempuan cantik itu. Takut spoil la kan? Kalau yang biasa-biasa tu rancak je mulut nak bersembang. Aku rasa perlukan masa untuk mula masyuk dengan perempuan jenis cantik rupa paras ni. Lepas tu, baru boleh cakap dengan selesa.

ISU 3 :
Sebenarnya bukan taknak dekat dengan mereka ini tetapi takut-takut tidak dilayan oleh mereka. Maklumlah segan tapi mahu. Bukan pula tak gentlemen, tapi rasa seperti sangat kagum oleh sebab minat punya pasal. Maka, terkebil-kebil lah si teruna. Lidah pulak jadi kelu. Dalam hati selalu berkata;

” Amboii.. lawaaaaanyaa perempuan nii..”

ISU 4 :
Perempuan yang cantik biasanya akan jual mahal, ego dan kurang memandang pada lelaki yang dirasakan kurang berbanding dirinya. Mereka berpendapat, hanya lelaki yang hensem dan kacak sahaja layak mendampingi mereka. Maka, lelaki biasa yang betul-betul suka kepada perempuan itu sering sahaja dipergunakan.

“Maklumlah I ni ramai peminat, so I tak heran lah sebab ramai je yang suka I, kalau U taknak I, seribu lelaki lain yang datang nak ngurat I tau!?”

ISU 5 :
Seringkali juga perempuan cantik ini mempunyai taste yang tinggi, agak cerewet dan selalu buat hal kerana atas sebab mereka tidak kisah langsung jika break up. Sebab mereka kan boleh cari 10 kali lebih baik dari teman lelaki yang mereka ada sekarang. So, no wonder lah mereka bersifat sebegitu. Oleh yang demikian, kesabaran dan ketahan mental yang tinggi diperlukan untuk memiliki perempuan jenis begini.

ISU 6 :
Bagi lelaki, akhirnya mereka akan memilih perempuan yang mempunyai rupa paras yang agak biasa ataupun typical. Janji ada sedikit kemanisan waktu dipandang pun sudah memadai kerana mereka ini boleh dikatakan sangat setia. Dan lelaki pula, sangat suka perempuan yang sangat memahami serta penyabar dengan segala karenah mereka. Sifat yang penyabar sebenarnya adalah senjata paling berbisa buat perempuan kerana sekeras mana pun hati lelaki pasti akan cair oleh sifat yang terpuji ini. Tolong percaya!

ISU 7 :
Bagi lelaki, perempuan seksi, sangat sosial dan cantik rupa paras hanya untuk dilayan SUKA-SUKA sahaja! Malah lelaki hidung belang sekali pun mempunyai keinginan untuk memperisterikan perempuan yang baik, sopan dan muslimah sahaja. Mereka tidak akan mencari perempuan yang sejenis dengan mereka.

ISU 8 :
Perempuan yang cantik ini kadang-kadang banyak yang dah kena “test drive” dan susah sekali berjumpa jenis “Segar dari Ladang”. Mereka hanya mencagar rupa paras sebagai aset untuk menarik perhatian lelaki. Mereka ini kadangkala menggunakan kelebihan rupa paras mengiurkan untuk kepentingan diri sendiri walaupun secara sengaja atau tak sengaja. Seringkali mereka dikaitkan dengan menjadi isteri kedua dan ada juga yang menjadi perempuan simpanan sebahagian golongan VVIP.

ISU 9 :
Jarang sangat perempuan yang cun-melecun ini mempunyai tahap kerajinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu. Boleh dikatakan mereka ini agak pemalas. Selain itu, perempuan cantik dikaitkan mempunyai IQ yang lebih rendah dan mereka kurang berkemahiran dalam hal pengurusan rumah tangga, kewangan, pergaulan dan tidak dapat memberikan fokus yang tinggi sesuatu benda yang dilakukan. Jika dibandingkan mereka yang berada dalam bidang kerja profesional, mereka jarang sekali ditemui dalam bidang berkaitan kejuruteraan, guaman, perubatan dan setaraf dengannya.

Sekadar perkongsian bebas sahaja.

Loading...

Tags: #berbaloikah ngurat gadis cun #cara mengurat awek #cara mengurat awek cun #cara nak cari bini #cari teman hidup #cari teman wanita #gadis cantik pilihan #masalah nak pikat gadis

Anda Lelaki & Nak Jadi Sado? Ini 3 Pusat Gimnasium Milik Artis Popular Malaysia
Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pusat kecergasan atau gimnasium banyak dibuka di pusat
Kantoi! Ini Cara Mengesan Seseorang Itu Bercakap Bohong Atau Menipu!
Tidak ada seorang pun di dunia ini yang ingin dibohongi. Seiring dengan berkembangnya
Lelaki! Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Tampil Segak Di Aidilfitri
Siapa yang tidak ingin tampil segak bergaya dan menawan saat menyambut Hari Raya
Perginya Ramadan, 4 Momen Ini Paling Dirindu Kita Semua!
Lebih kurang beberapa hari lagi bulan Ramadan bakal meninggalkan umat Islam seluruh dunia. 
  1. author

    nadia-ady8 years ago

    isu 3 tu sangatlah seperti saya cuma terbalik. Saya tak boleh berhadapan dgn org hensem. Lidah tetiba jadi kelu. Wakakakaka!!!

  2. author

    LadybugYNA8 years ago

    Saya penah jumpa pmpn cun, cantik, baik, sopan, lembut, rajin, xpemalas, IQ superb, xego, peramah, xsosial, sgt teliti, berkemahiran dlm hal2 yg org len blum tentu mahir dan yg pasti single…siyes ada! tp kalau sy lelaki,sy rendah diri nk g ngorat dia. sbb dia sgt sempurna. pasti lelaki yg akn dipasangkn ngn dia kelak yg selayak2nya…huhu…

  3. author

    damme damiah8 years ago

    rossa, kris dayanti, melly goeslow.

    melly goeslow gak yang kekal nikah.

    :]

  4. author

    Azman Sherafath8 years ago

    betul betul betul..
    aku pernah rsa gak perasaan2 mcm ni dgn perempuan yg cun..
    tp byk je aku tgk pompuan cun last2 end up dgn laki x hensem gak..
    ni msti sebab dia memilih sgt pastu last2 dapat dgn yg x hensem gk..
    pape pn..kena tgk hati dulu bru rupa..

  5. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    ladybug yna,
    Setakat saya hidup
    xpernah pula jumpa yang perfect
    macam awk cakap tu. Hehe
    Awk kot tuu 😛

    nadia ady,
    hehe sy pun gtu..
    akibatnya G di rembat orang
    hahaha

    Azman Sherafath,
    Ada orang cakap lelaki yang ensem
    pilih perempuan tak cantik bukan sebab
    dia tu buta atau memilih tapi dia pilih gadis
    tak cantik mesti ada sebabnya kan?
    😛

    damme damiah,
    hehehe ct Nurhaliza?
    😀

  6. author

    .fatin nabila.8 years ago

    ada btol, ada idak.
    sume situasi wujud.
    tp, skrg kan, kbnykn laki suke cari pompuan berumur sket + berduit sket, kn, kn?
    yg bese² pon, gf hebat gila..
    tu, nak kire mcm mana tu enchek shino? 🙂

  7. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    fatin nabila,
    yup.. apapun duit segala2nya..
    rupa cuma hiasan dan bukanlah cagaran yang menguntungkan..

    even yang huduh pun bole jadi comel kalau ade duit kan?

    😛 pk la sendiri..

  8. author

    Hananeechan8 years ago

    penah jumpe pompuan cantik gile nk mati mcm turun dri langit, tp bau badan..aaaaaaaa…
    *pengsan*

  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    hananeechan,
    same ah..
    mase dlm lift..
    macam bau jebat..

    trus ilang selera nak usha.

    😀

  10. author

    the life of cikgu sue8 years ago

    Isu 1,2 dan 3.Janganlah merendah diri sangat,awakkan hansem.

    Isu 4 dan 5.Jangan pukul rata.Tak semua macam tu.

    Isu 8.Ramai yang marah nih.

    Isu 9.Ada bukan tak ada gadis macam tu.

    eh..eh banyaknya isu.

  11. author

    aVissaWella868 years ago

    this is ur opinion or from somewhere else? hmm.. isu2 nya agak sensitif. apa2 pn, terpulang kepada individu masing2 untuk menilai kan? =)

  12. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    the life of cikgu sue,
    hehe isu biasa ni..

    🙂

    aVissaWella86,
    Terpulanglah kan.. sy hanya listkan saje, kalau xnak terima takde masalah punn.. 😀

  13. author

    LadybugYNA8 years ago

    ape la shino ni. sy bkn point pd diri sy sndri. tp mmg ada owh. sudah jumpa sorg =)

  14. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    ladybug yna,
    Ada tp i sendiri lum jumpe..
    maknenya tak ramai..
    😛