Biodata Kevin Lilliana, Juara Miss Internasional 2017

Biodata Kevin Liliana, Juara Miss Internasional 2017

Sekalung tahniah diucapkan buat Kevin Lilliana yang telah dinobatkan sebagai juara Miss Internasional 2017.

Anak jati Bandung, Indonesia ini berjaya menewaskan 65 peserta yang mewakili negara masing-masing dari seluruh dunia di pentas akhir yang diadakan di Tokyo Dome City Hall, Tokyo, Jepun pada 14 November 2017.

Menerusi pertandingan berkenaan, wanita berusia 21 tahun ini turut meraih penghargaan Miss Best Dresser (Busana Terbaik) apabila menggenakan busana rekaan Ivan Gunawan yang mengangkat tema ‘Thalassa: Mother Of Sea’.

Sesi penyampaian mahkota disempurnakan oleh juara tahun lalu, Kylie Verzosa yang berasal dari Filipina.

Kelvin turut membuat pelbagai persiapan dan latihan selama 11 bulan semata-mata untuk menyertai program ratu cantik terkemuka berkenaan.

Sebelum berentap di pentas Miss International 2017, figura ini adalah naib juara pertandingan Puteri Indonesia 2017 dengan gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2017. Si cantik ini juga dipilih sebagai tempat kedua Miss Panasonic Award dan People Choice dari Missossology.

Jom kita kenali dengan Miss International 2017 pertama dari Indonesia ini. Take a look!

Biodata Ringkas Kevin Lilliana

Nama Penuh: Kevin Lilliana Junaedy
Nama Komersil: Kevin Lilliana
Nama Panggilan: Kevin
Umur: 21 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Januari 1996
Zodiak: Capricorn
Asal: Bandung, Indonesia
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua beradik
Kerjaya: Model
Status: Single
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia
Tinggi: 174 cm

Pencapaian:

  • Juara Miss Internasional 2017.
  • Naib Johan Pertandingan Puteri Indonesia 2017.
  • Tempat kedua Pertandingan Mojang Kota Bandung 2015.
  • Danton Terbaik Paskibra Jabar-Banten 2010.
  • Danton Terbaik Paskibra Kota Bandung 2009.

Laman Media Sosial Kevin Lilliana

Trivia Menarik Tentang Kevin Lilliana

  • Graduan jurusan Rekaan Dalaman dari Universitas Kristen Maranatha, Bandung, Indonesia.
  • Jaguh dalam seni mempertahankan diri seperti Muay Thai dan Benjang (seni bela diri khas Jawa Barat).
  • Pernah dinobatkan sebagai Gadis Sampul Persahabatan di pertandingan Gadis Sampul 2012.
  • Merupakan aktivitis kepada organisasi Earth Hour di kota kelahirannya.
  • Nama Kevin diinspirasikan dari salah satu watak dalam filem Home Alone yang menjadi kesukaan ibu bapanya meskipun berjantina lelaki atau perempuan. Sementara itu, Lilliana pula gabungan nama ibu dan neneknya iaitu Lina dan Aina.
  • Si cantik ini bersifat seperti tomboy ketika kanak-kanak. Bahkan, Kevin masih menyimpan pakaian dan sepatu ala boyish sehingga ke hari ini.
  • Makanan dan minuman kegemaran figura ini adalah sushi, seafood dan jus buah kedondong.
  • Penyanyi kesukaannya ialah Coldplay, Kygo dan Kodaline.
  • Bercita-cita untuk menyediakan satu tempat untuk anak-anak terutamanya bagi yang kurang berkemampuan yang ingin belajar tentang seni dan rekaan.
  • Mengerjakan ibadah umrah pada Disember 2016 lalu.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Kevin Lilliana, Juara Miss Internasional 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #agama kevin liliana #Biodata Kevin Liliana #Kenali Kevin Liliana #Kevin Liliana #Kevin Liliana Miss Internasional 2017 #Kevin Lilliana #kevin lilliana instagram #kevin lilliana puteri indonesia #Miss Internasional 2017 #miss international 2017 #Profile Kevin Liliana #Trivia Kevin Liliana

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.