Kelebihan Detox Pada Usus


Apa itu detox pada usus?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Oleh sebab itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien badan berada pada kadar paling optimum.

Kelebihan proses detox usus

Proses detox pada usus dapat mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang dan menambahkan tenaga. Ia juga mampu mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk di dalam perut supaya enzim dapat dihasilkan secara optimum dengan jumlah makanan yang dimakan.

Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat)

Banyakkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, pegaga, petai dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya. Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan dan sebagainya. (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan. Perbanyakkan meminum air mineral atau air ditapis dengan kadar 7 hingga 8 gelas sehari.

Kenapa perlu detox?

Keluarkan toksin badan

Gaya hidup kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel. Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.

Memperbaiki sistem imun tubuh

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan penyakit.

Menurunkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

Meningkatkan kualiti hidup

   

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

Meningkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.

Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

Carian Berkaitan

Proses detox pd usus

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #apa fungsi detox #kebaikan buang toksid dalam badan #kebaikan detox pada usus #kelebihan detox pada usus #kenapa perlu detox

Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air
Petua Kempiskan Perut Buncit
Petua Kempiskan Perut Buncit Bahan-bahan : 1 biji buah lemon 2 atau 3

Comments are closed.