Cara Mengerjakan Solat Taubat

Pray Tahajjud

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah iaitu dengan bertaubat tidak mahu mengulangi kesalahan itu kembali.

Asas Mengerjakan Solat Taubat

  • Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  • Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Menggantikan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  • Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Mengerjakan Solat Taubat

  • Niat solat taubat

1

Maksudnya : “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  • Bacaan semasa solat

Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-KafirunManakala pada rakaat yang kedua pula hendaklah membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

  • Bertasbih

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:

2

Maksudnya : “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

  • Beristighfar

Beristighfar sesudah mengakhiri solat dan memberi salam. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

3

Maksudnya : “Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya

  • Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali.

4

Maksudnya : “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

  • Kemudian, akhir sekali disudahi dengan istighfar sebanyak 3 kali.

5

Maksudnya : “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau ”

Loading...

Tags: #cara mengerjakan solat taubat #cara nak solat taubat #panduan solat taubah #solat ampun dosa #solat insaf #solat mohon ampun #solat taubat atas kesalahan

Ikuti 5 Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna
Ramadan, bulan sejuta rahmat. Bulan istimewa ini kembali mengisi kalendar muslimin dan muslimat
5 Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW Ini Perlu Contohi Sebagai Muslim Sejati
Nabi Muhamad SAW merupakan suri teladan (role model) setiap muslimin dan muslimah sejati
Amalan Ringkas, Doa Agar Dipercepatkan Jodoh Bagi Mereka Yang Ingin Berkahwin!
Doa agar dipercepatkan jodoh اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَحَبِيْبِنَا وَرَسُولِكَ الكَرِيْمِ وَبِأَلْفِ
Ketahui Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW Dan Sejarah Perkahwinan
  Siti Khadijah binti Khuwailid RA (556 – 619 M) Nabi Muhammad SAW

Comments are closed.