4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Lagu Hael Husaini

Abang Jampi! Itulah gelaran yang diberikan netizen kepada penyanyi kacak, Hael Husaini yang semakin popular dengan lagunya berjudul Jampi.

Diriliskan pada Februari 2017 di saluran YouTube menerusi video lirik, lagu berhantu ini telah ditonton sebanyak 12 juta tontonan.

Selain menyanyi, bekas kumpulan Azhael ini berbakat besar dalam penulisan lirik lagu dan seringkali berkolaborasi bersama Ezra Kong dan Omar K.

Malah, lagu-lagu yang dihasilnya turut dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular tanah air. Penasaran? Jom kita semak artikel dibawah!

1. Hati Hati – Amira Othman

amira-othman-hati-hati-300x300 4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Hati Hati merupakan single kedua Amira Othman selepas lagu Sesaat Untukmu. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama-sama Faizul Sany dan Mike Chan. Selain mempunyai keunikkan tersendiri, lagu berentak rancak ini menjadi lagu runut bunyi (OST) untuk drama berantai popular, Sha Dan Shah yang telah ditayangkan di Astro satu ketika dahulu.

2. Cemburu – Nabila Razali

Cemburu-Nabila-Razali-300x300 4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Dicipta oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong, lagu nyanyian Nabila Razali ini mengambil masa yang lama untuk mencuri hati para pendengar tempatan. Bahkan, video muziknya dibuat selepas setahun lagu itu berkeudara di corong-corong radio kerajaan dan swasta negara dimana mengangkat nilai sebuah persahabatan yang sejati.
Lagu ini juga menjadi lagu runut bunyi (OST) bagi drama bersiri Arluna yang telah dibintangi Anzalna Nasir dan SaharuI Ridzwan. Ini merupakan single kedua Nabila selepas debut dengan lagu berjudul Katakan Saja.

3. Girl – Dafi

Girl-Dafi-e1502339627968 4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Mula diperdengarkan kepada penikmat muzik tempatan mulai awal Januari lalu, lagu dendangan Dafi ini dicipta oleh Hael Husaini, Ezra Kong dan Omar K. Lagu ini mengisahkan luahan perasaan seorang lelaki kepada kekasihnya yang sukar membuat pilihan untuk memilihnya atau jejaka lain. Video muzik lagu ini boleh dilihat peminat tidak lama lagi setelah menjalani proses pengambaraannya selepas Aidilfitri lalu. Menariknya, video liriknya turut ditonton lebih sejuta tontonan di saluran YouTube.

4. Semua Untuk Cinta – Indah Ruhaila

Semua-Untuk-Cinta-Indah-Ruhaila-300x300 4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Semua Untuk Cinta adalah salah satu lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi bervokal mantap iaitu Indah Ruhaila. Lagu nukilan Hael Husaini dan Ezra Kong ini memaparkan kisah cinta secara menyeluruh dimana menghargai setiap detik indah dalam hidupnya. Ini lagu pertama Indah berkolaborasi bersama teman rapatnya, Hael setelah mengenali antara satu sama lain sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) 2013.

azlan-150x150 4 Lagu Popular Ini Sebenarnya Ciptaan Hael Husaini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #abang jampi #Cemburu - Nabila Razali #Girl - Dafi #Hael husaini #Hati Hati - Amira Othman #jampi #Lagu Ciptaan Hael Husaini #Lagu Popular Nukilan Hael Husaini #Semua Untuk Cinta - Indah Ruhaila

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.