Peranan Suami Sewaktu Isteri Sedang Mengandung

Perempuan Mengandung

Wanita yang mengandung akan mendapat tekanan dari segi fizikal kerana mereka harus menampung kandungannya, maka tubuh badannya akan bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggang wanita mengandung harus mengendalikan pembuangan kotoran dari bayi dalam kandungan. Wanita mengandung juga akan mengalami perubahan emosi, oleh yang demikian si suami harus pandai menjaga hati para isteri.

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

  • Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
  • Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
  • Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
  • Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
  • Suami hendaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
  • Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut;

“La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

Maksudnya ialah “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

Loading...

Tags: #apa yang perlu suami buat #cara jaga isteri mengandung #peranan suami sewaktu isteri mengandung #Perkara Dilakukan Semasa Isteri Mengandung Yang Perlu Suami Tahu

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor
Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat

Leave a reply "Peranan Suami Sewaktu Isteri Sedang Mengandung"