Aishah Azman, Pelakon Baharu Berdarah Melayu – Pakistan

Biodata Aishah Azman, Pelakon

Memulakan karier seninya sebagai seorang anak wayang setahun yang lalu, Aisyah Azman semakin panas dan mekar mengharum dalam kalangan para peminat seni hiburan tanah air.

Namanya mula menjadi siulan netizen selepas membintangi drama Namaku Bedah (TV9) dan Mencintaimu Mr Photographer (Astro Ria) yang ditayangkan dikaca televisyen tidak lama dahulu.

Sejak itu, kerjaya anak kelahiran Kelantan semakin berkembang serta menjadi buruan penerbit dan pengarah tempatan hari ini.

Untuk info, drama pertama lakonannya adalah drama bersiri berjudul Bagaikan Kelip-Kelip.

Figura berusia 21 tahun ini bakal tampil dengan drama bersiri terbaharunya bertajuk Cinta Hati Batu berkolaborasi bersama Ashraf Muslim dan Fadlan Hazim yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 tidak lama lagi.

Jom baca ringkasan biodata dan trivia menarik wanita berbintang Taurus ini.

Biodata Ringkas Aishah Azman

Nama Penuh: Nor Aishah Afika Azman Shah
Nama Komersil: Aishah Azman
Umur: 21 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 Mei 1996
Zodiak: Taurus
Asal: Kelantan
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon, Model & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Mencintaimu Mr Photographer, Khalifahkan Aku, Bini Muda, Cinta Hati Batu, Sesegar Nailofar, I Love You Miss Pomen, Namaku Bedah, Nasi Minyak Kuah Cinta, Raisha, Jangan Ikut Aku Tika Suria Mendongak, Bagaikan Kelip-Kelip, Impian Lulu, Oh Cikgu Aminah!, Songket Pak Andam, Hey Missy! dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Aishah Azman

Trivia Menarik Tentang Aishah Azman

  • Si cantik molek ini memiliki darah campuran Melayu (sebelah ibu) dan Pakistan (sebelah ayah).
  • Merupakan adik kepada pelakon kacak, Afiq Muiz.
  • Graduan jurusan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Turut menjalankan bisnes berasaskan serum rambut di bawah jenama Guzel Rasha Beauty.
  • Aishah Azman Booster adalah nama kelab peminat aktres berbakat ini.
  • Sebelum bergerak secara solo, Aishah pernah bernaung dibawah label pengurusan Prokuya Studio yang dimiliki oleh Fadzil Zahari (suami Yana Shamsudin).
  • Disebabkan dikurniakan raut wajah yang serius, figura ini seringkali dilabel sebagai sombong dan berlagak oleh netizen.
  • Sangat mengagumi pelakon dan pengarah berkaliber tanah air, Elly Suriaty.
  • Selain Afiq Muiz, Aishah juga mempunyai seorang kakak bernama Siraja Azman yang bekerja sebagai jurumekap artis.
  • Setakat ini, Aishah memiliki lebih 90,000 pengikut di Instagramnya.
azlan-150x150 Aishah Azman, Pelakon Baharu Berdarah Melayu - Pakistan

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adik Afiq Muiz #Aishah Azman #aishah azman afiq muiz #aishah azman ariz lufias #aishah azman dan ariz #aishah azman dan ariz lufias #aishah azman instagram #aishah azman wikipedia #biodata aishah azman #namaku bedah Aishah Azman #nor Aishah Afika Azman Shah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.