Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita

Kesihatan Alat Sulit Wanita

  • Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air besar. Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar dengan menggunakan air bukan sekadar hanya menggunakan tisu.
  • Wanita dinasihatkan supaya kerap menukar tuala wanita ketika haid terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak.
  • Wanita perlu kerap menukar seluar dalam pada setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Adalah lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
  • Wanita tidak digalakkan menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan serta iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita amat sensitive kepada pewangi dan buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan supaya membersihkan alat kelamin masing-masing dengan air bersih sebelum dan selepas menjalinkan hubungan seks. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
  • Wanita harus mengelakkan dari sering melakukan douching atau memasukkan jari atau pancutan air ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj disamping serta mendedahkan faraj kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Wanita perlu memastikan pencukur sentiasa bersih kerana bisul juga boleh terjadi pada bahagian kelamin wanita yang sering bercukur.
  • Wanita perlu mengetahui beza antara keputihan normal atau keputihan berpenyakit. Kebiasaannya keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam. Wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.
  • Sesetengah wanita akan berasa selesa dan puas apabila mereka membersihkan dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan serta tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.
  • Wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

Carian Berkaitan

kesihatan kelamin perempuan, petua menjaga kebersihan alat kelamin wanita
Loading...

Tags: #Alat Kelamin Bagi Wanita #cara jaga alat kelamin wanita #jangkitan kelamin wanita #Kesihatan Alat Kelamin #masalah anggota sulit wanita #Wanita yang mengalami masalah keputihan

Cara Meredakan Demam Jika Anda Tidak Ke Klinik
Bilakah kali terakhir anda demam? Bila seseorang demam, badan menjadi lemah dan kebanyakan
Ibu Hamil, Elakkan Dari Makan Makanan Ini!
Pengambilan makanan dalam tempoh kehamilan adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil bagi
10 Cara Mengawal Stress @ Tekanan Dalam Islam
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi
Ketahui Penyebab Dan Tanda Penyakit Darah Tinggi
Apakah dia Tekanan Darah? Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri

Comments are closed.