Biodata Kay Khydir, Dari Dunia Nyanyian Ke Arena Seni Lakon

Biodata Kay Khydir

Pesona bintang jejaka bernama Kay Khydir ini bersinar terang selepas membintangi drama bersiri popular, Memori Cinta Suraya dengan membawa watak antagonis setahun yang lalu.

Terkini, figura kelahiran Kuala Lumpur muncul dalam drama berantai Dendam Aurora yang baharu sahaja melabuhkan tirainya pada 11 Disember 2017 lalu.

Ternyata, mutu lakonan anak bongsu daripada enam beradik ini semakin matang dan tidak mengecewakan para penonton setia drama Melayu.

Sebelum ligat di dunia seni lakonan, pemilik nama lengkap Nur Khaidir Muhd ini merupakan seorang penyanyi. Beliau juga adalah finalis program realiti nyanyian tersohor negara iaitu Akademi Fantasia (AF) 9.

Jangan buang masa, apakata kita berkenalan lebih dekat dengan jejaka berbintang Leo ini.

Biodata Ringkas Kay Khydir

Nama Penuh: Nur Khaidir Muhd
Nama Komersil: Kay Khydir
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1988
Zodiak: Leo
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada enam beradik
Kerjaya: Pelakon & Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Dendam Aurora, Memori Cinta Suraya, Black Belt Kaler Pink, Akadku Yang Terakhir, Tentang Hati 2, Cinta Antara Kita, 3 Nenek 3 Dara, Anak Bertuah 2, 3 Dara Pelamin 1, Jangan Gelak, Salju Sakinah, Penakluk Mimpi, Maharani 2, Raya Nora Jambu, Cinta Puccino dan banyak lagi.

Filem: Gila-Gila Remaja dan Oh Mak Kau.

Lagu/Single: Bertarung Sampai Akhir (duet bersama Diddy Hirdy) dan Cinta Lara (duet bersama Ayda Jebat).

Laman Media Sosial Kay Khydir

Trivia Menarik Tentang Kay Khydir

  • Untuk makluman, figura ini merupakan adik kepada bintang AF4, Diddy Hirdy.
  • Sebelum dikenali Kay Khydir, jejaka ini menggunakan Kay Haider sebagai nama pentasnya.
  • Berkawan baik dengan heroin drama Rindu Awak 200%, Ayda Jebat.
  • Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
  • Muzik kegemarannya adalah Balada, Irama Melayu, R&B dan Latin.
  • Merupakan anak kepada penyanyi 70-an, Kamariah Ahmad yang popular dengan lagu Air Mata Kaseh.
  • Pernah menyertai kumpulan muzik yang dikenali sebagai Rumours selaku vokalis selama tiga tahun.
  • Ayahnya adalah persara polis dan pernah mengetuai PDRM Band di Pulapol.
  • Sangat mengagumi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Marc Anthony dan Neyo dalam bidang seni suara.
  • Fizz Fairuz, Dato Adflin Shauki, Zul Huzaimy, Sharifah Amani dan Liyana Jasmay adalah pelakon kegemarannya.
  • Sehingga kini, Kay memiliki lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Kay Khydir, Dari Dunia Nyanyian Ke Arena Seni Lakon

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Kay Khydir #Images for Kay Khydir #Kay Khydir #Kay Khydir AF9 #Kay khydir Memori Cinta Suraya #Kay Khydir Pelakon Drama Dendam Aurora #Kay Khydir Pelakon Drama Memori Cinta Suraya #Kenali Kay Khydir #Nur Khaidir Muhd #Pelakon Dendam Aurora #Profil Kay Khydir #siapa kay khydir

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.