Biodata Feeya Iskandar, Penyampai Radio Popular Sinar.FM

Biodata Feeya Iskandar, Penyampai Radio Popular Sinar.FM

Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah adalah satu jenama yang cukup gah di dunia penyiaran radio tanah air.

Wanita ini merupakan salah seorang penyampai radio Sinar.FM yang kini mengendalikan segmen Santai Sinar.

Berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam, figura cantik bertudung ini berkongsi konti dengan pelawak dan pengacara, Angah Raja Lawak.

Sedar atau tidak, pemilik nama lengkap Nor Shafiya Iskandar Azizan sudah berkelana di Sinar.FM selama tujuh tahun.

Bukan itu sahaja, bekas peserta program Anak Wayang (2010) ini juga mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan, lakonan dan seni suara.

Marilah berkenalan dengan figura berbintang Aquarius ini dengan lebih dekat. Take a look!

Biodata Ringkas Feeya Iskandar

Nama Penuh: Nor Shafiya Iskandar Azizan
Nama Komersil: Feeya Iskandar/Cik Piah
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Februari 1989
Zodiak: Aquarius
Asal: Pasir Gudang, Johor
Adik Beradik: Anak kedua daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyampai Radio, Pengacara Televisyen, Pengacara Majlis, Penyanyi, Pelakon & Usahawanita.
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Hos TV: Kilauan Emas, Glamor Raya, Itu Dia serta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013, 2014 & 2016.

Lagu/Single: Hanya Satu.

Drama/Telefilem: Jamilah I Love U & Kasih Alia.

Laman Media Sosial Feeya Iskandar

Trivia Menarik Tentang Feeya Iskandar

  • Graduan jurusan Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Figura ini menamatkan zaman solonya dengan jejaka pujaan hati bernama Nurashid Abd Wahid pada 6 May 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Malique.
  • Untuk peminat setia Feeya Iskandar, beliau kini sedang sarat mengandungkan anak kedua.
  • Sebelum ke Sinar.FM, wanita ini pernah bergelar Deejay Radio ERA.FM dkmana mengendalikan beberapa segmen seperti Muzik Hit Bertubi-Tubi dan Rock Pod ERA.
  • Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di XFM selama dua bulan.
  • Single pertamanya berjudul Hanya Satu dicipta sepenuhnya oleh penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael.
  • Figura ini berhijab sepenuhnya mulai Januari 2016.
  • Feeya juga mempunyai bakat mengajuk suara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Turut menjalankan bisnes berasaskan kosmetik yang dikenali sebagai Feeya Beauty Foundation.
  • Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram dan 70,000 pengikut di Facebook miliknya.
azlan-150x150 Biodata Feeya Iskandar, Penyampai Radio Popular Sinar.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Feeya Iskandar #Biodata Feeya Iskandar Sinar.FM #Cik Piah Sinar F.M #cik piah sinar fm seksi #Deejay Radio Sinar.FM #feeya instagram #Feeya Iskandar #feeya iskandar biodata #feeya iskandar hamil #feeya iskandar kahwin #feeya iskandar maharaja lawak mega #Feeya Iskandar Sinar.FM #feeya iskandar vape #Kenali Feeya Iskandar #Nor Shafiya Iskandar Azizan #Penyampai Radio Sinar.FM #Profil Feeya Iskandar

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.