Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan.

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan yang memudahkan serangan penyakit bawang putih.

Negara pengeluar utama bawang putih di dunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar untuk masakan dan perubaatan, dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk.

Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Kandungan nutrien bawang butih menjadikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia sejagat.

Khasiat dan manfaat bawang putih

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 tahun sebelum masihi di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Berikut adalah manfaat dan khasiat bawang pitih kepada manusia.

  1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

  1. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser. Kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.

  1. Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, bang putih amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

  1. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

  1. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

  1. Meningkatkan sistem imunisasi

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

  1. Mengurangkan kolesterol dalam darah

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian saintis mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.

Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi. Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

  1. Mengurangkan kandungan gula dalam darah

Kajian lain menyatakan bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil.

  1. Mengatasi masalah kulit wajah

Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan meletakkan bawang putih yang telah ditumbuk serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Loading...

Tags: #bawang putih #bawang putih rawat kolestrol #bawang putih rawat penyakit #cara makan bawang putih #kandungan khasiat bawang putih #keistimewaan bawang putih #khasiat bawang putih #khasiat bawang putih bakar #khasiat bawang putih dalam pemakanan dan kesihatan #khasiat bawang putih malaysia #khasiat bawang putih untuk lelaki #khasiat semulajadi bawang putih #khasiat tersembunyi bawang putih #makan bawang putih #Manfaat bawang putih #manfaat bawang putuh kepada tubuh badan

Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun.
Kenapa Kaki Ayam Berkhasiat? Nak Tahu Jom Baca!
Kaki ayam ada khasiat? Ramai yang tidak makan kaki ayam kononnya kaki ayam
Kenapa Wajah Wanita Kelihatan Tua Sebelum Usia? Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu!
Sebenarnya golongan wanita telah bersedia dan merancang persiapan untuk menghadapi saat ini, sehubungan
Amalan Pagi Yang Akan Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Cepat!
Mempunyai  amalan pagi yang menyihatkan boleh menentukan bagaimana keseluruhan hari kita. Amalan pagi

Comments are closed.