Cara Nak Kaya Mudah Dengan Skim Pelaburan ASB

Simbol Kekayaan

Pengenalan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Dilancarkan pada 2 Januari 1990, skim unit amanah ini merupakan yang kedua dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas skim Amanah Saham Nasional (ASN). Skim ASB hanya terbuka kepada Bumiputera, dan mereka yang berusia 6 bulan ke atas layak untuk membuka akaun ASB.  Had simpanan bagi setiap akaun pula adalah sebanyak RM200,000 sahaja, dan ini tidak termasuk dividen yang anda peroleh pada setiap tahun.  Bagi akaun remaja pula, had simpanan adalah sebanyak RM50,000.

Tujuan pelaburan dalam ASB

Pelaburan ASB adalah sesuai bagi mereka yang tidak mahu menerima risiko dan pulangan pelaburan dalam jangkamasa panjang.

Teknik menggandakan wang simpanan melalui pelaburan ASB

Kalau nak tahu inilah sebenarnya cara bank jadi kaya walaupun mereka bagi pinjaman beratus ribu sehingga berpuluh-puluh tahun untuk pinjaman rumah atau apa sahaja jenis pinjaman yang wujud. Interest demi interest yang digandakan bertahun-tahun menggandakan nilai pinjaman tersebut. Mari lihat bagaimana teknik ini mampu menggandakan wang anda:

  1. Anda perlu menyediakan 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan untuk disimpan dalam ASB. Jika tidak mampu, mulakan dengan menyimpan sekitar 5-10 % daripada jumlah pendapatan yang diperolehi.
  2. Jika kesibukan menjadi penghalang untuk anda kerap pergi ke bank untuk melabur dalam ASB, lakukan transaksi secara online dengan mendaftar dalam laman bank terpilih. Sebagai contoh, Maybank2U dan CIMB Click menyediakan perkhidmatan pindahan wang secara online.
  3. Anda boleh melakukan pelaburan dalam akaun ASB menggunakan wang simpanan.  Sebagai contoh anda melabur wang simpanan dalam ASB sebanyak RM10,000.  Pada akhir tahun ke-10, jumlah awal wang yang dilabur akan menghasilkan jumlah simpanan sebanyak RM21,589.25 dengan kadar peningkatan 53.68% dari jumlah asal wang anda. Pengiraan ini diperoleh dengan anggapan berikut :
  • Anda tidak boleh mengeluarkan wang simpanannya, faedah dan bonus unit yang diperoleh pada sepanjang tempoh 10 tahun itu.
  • Anggaran faedah tahunan ASB adalah sebanyak 8%

Secara ringkasnya dapat disimpulkan di sini ialah penyimpanan wang dari awal adalah sangat menguntungkan. Selamat menyimpan untuk hari tua anda!

logo-150x150 Cara Nak Kaya Mudah Dengan Skim Pelaburan ASB

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Nak Kaya Mudah Dengan Skim Pelaburan ASB

Loading...

Tags: #cara labur dalam asb #cara nak kaya #cara nak kaya mudah #daftar amanah saham bumiputera #simpanan asb #teknik ganda duit #teknik melabur saham asb #teknik nak kaya #teknik simpan duit #teknik simpanan dalam asb

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Nak Kaya Mudah Dengan Skim Pelaburan ASB"