Ketahui Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW Dan Sejarah Perkahwinan

Isteri

 

  • Siti Khadijah binti Khuwailid RA (556 – 619 M)

Nabi Muhammad SAW mengahwini Siti Khadijah ketika Nabi berumur 25 tahun, sedangkan Siti Khadijah sudah mencapai umur 40 tahun dan seorang janda. Sebelum Siti Khadijah mengahwini Nabi SAW, beliau telahpun berkahwin sebanyak dua kali. Suami pertama beliau adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami kedua beliau adalah Oteaq Almakzomy. Namun, kedua-dua bekas suaminya telahpun meninggal dunia. Siti Khadijah merupakan orang pertama yang mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Anak lelaki baginda Al-Qosim dan Abdullah meninggal dunia. Manakala anak perempuan Nabi SAW bernama Zainab, Ruqoyyah, Ummu Kultsum dan Fatimah. Siti Khadijah merupakan isteri Rasulullah yang paling dicintai.

  • Saudah binti Zam’a RA (596 – 764 M)

Saudah adalah isteri Nabi SAW yang kedua. Berumur 65 tahun, tua dan sangat miskin. Beliau merupakan seorang janda yang telah kematian suami. Nabi SAW mengahwini Saudah kerana Saudah tiada sesiapa yang menguruskannya dan bimbang Saudah kembali kafir kerana ahli keluarganya masih belum memeluk Islam.

  • Aisyah binti Abu Bakar RA ( 614 – 678 M)

Seorang gadis. Menikahi Rasulullah sejak berumur 6 – 9 tahun. Aisyah mula bersama Rasulullah setelah cukup umur. Beliau merupakan anak kepada Abu Bakar. Saidina Abu Bakar kemudiannya dilantik sebagai Khalifah setelah kewafatan Rasulullah.

  • Hafsah binti Umar bin Khatab RA ( 607/648 dan 665 M)

Hafsah merupakan seorang janda kepada Khunais bin Hudzaifah gugur syahid semasa Perang Badar menentang musuh Islam. Rasulullah menikahi Hafsah kerana menghormati ayah Hafsah iaitu Umar bin Khatab RA. Umar bin Khatab RA dilantik menjadi Khalifah kedua selepas kewafatan Nabi SAW.

  • Zainab binti Khuzaimah RA ( 595 – 626 M)

Zainab adalah seorang balu, sangat tua, miskin dan mempunyai beberapa orang anak. Suaminya ialah Abdullah bin Jahsi yang telah gugur syahid sewaktu perang Uhud. Nabi SAW mengahwini Zainab selama 3 bulan sahaja sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 626 M

  • Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah RA ( 599 – 683 M)

Seorang janda kepada Abu Salamah. Beliau telah mempunyai beberapa orang anak. 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Suami pertamanya bernama Abud Al Assad Ibn Al Mogherab telah meninggal dunia dan beliau hidup dalam kemiskinan. Abu Bakar dan beberapa sahabat lain ingin mengahwini Salama, tetapi permintaan tersebut ditolak oleh Salama kerana beliau masih lagi mempunyai perasaan cinta kepada suaminya. Akhirnya, Salama berkahwin dengan Nabi SAW kerana tertarik dengan sifat baginda yang menjaga anak-anaknya.

  • Zainab binti Jahsyi bin Royab RA ( 588/561 – 641 M)

Zainab adalah puteri kepada pengasuh Nabi SAW iaitu Umamah binti Abdul Muthalib. Beliau adalah janda kepada Zaid bin Haritsah, anak angkat Nabi SAW. Rasulullah menerima wahyu supaya mengahwini Zainab (surah 33:37)

  • Juwairiyah binti Al-Harits RA ( 605 – 670 M)

Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Bani Mustalik memeluk Islam. Bani ini pernah merancang untuk membunuh Rasulullah. Juwairiyah merupakan anak kepada al-Harits bin Dhirar, pemimpin Bani Mustalik. Kemenangan Rasulullah dalam peperangan Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq) menjadikan Juwairiyah sebagai tawanan perang. Akhirnya memeluk Islam dan menikahi Rasulullah.

  • Shafiyyah binti Huyay bin Akhtob RA ( 628 – 672 M)

Beliau adalah janda kepada tokoh Yahudi yang terbunuh dalam perang Khaibar. Salah satu isteri berketurunan Yahudi. Suku Yahudi telah melanggar perjanjian dengan kaum Muslimin dan menjadi tahanan. Rasulullah berjanji mengahwininya jika beliau memeluk Islam. Akhirnya beliau memeluk Islam dan menikahi Rasulullah SAW.

  • Maimunah binti Al-Harits RA (602 – 681 M)

Maimunah berumur 36 tahun sewaktu berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Suami pertamanya adalah al- Rahman Ibn Abdil-Uzza telah meninggal dunia. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630M, keluarga beliau banyak membantu Rasulullah SAW. Baginda pun mengahwini beliau sebagai penghormatan kepada keluarganya. Perkahwinan ini mendorong ramai orang Mekah memeluk Islam.

  • Mariaah Al-Qibthiyah RA

Seorang hamba sahaya yang dihadiahkan oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim.Namun, Ibrahim meninggal dunia pada usia 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Rasulullah SAW wafat dan Mariaah akhirnya meninggal pada 5 tahun kemudian. Pada waktu itu, Umar bin Khatab yang mengimamkan solat jenazahnya dan kemudiannya beliau dimakamkan di Al-Baqi.

Nama anak-anak Rasulullah SAW :

  • Fatimah binti Muhammad (perempuan)
  • Ruqayyah binti Muhammad (perempuan)
  • Abdullah bin Muhammad (lelaki)
  • Zainab binti Muhammad (perempuan)
  • Qasim bin Muhammad (lelaki)
  • Ibrahim bin Muhammad (lelaki)
  • Umm Kulthum binti Muhammad (perempuan)
Loading...

Tags: #4 nama isteri nabi muhammad #anak rasulullah SAW #contoh isteri nabi muhamad SAW #isteri isteri nabi SAW #isteri rasulullah #Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w #keluarga nabi muhammad saw #nama anak nabi muhammad #nama istri nabi muhammad yang diceraikan #nama istri nabi muhammad yang paling cantik #nama nama isteri nabi muhammad #sejarah perkahwinan rasulullah #senarai nama isteri isteri nabi #urutan istri nabi muhammad

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Ketahui Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW Dan Sejarah Perkahwinan"