Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Yamaha4S Full VMAX SHO Outboard

Pemasangan enjin sangkut atau outboard engine pada sampan tidak sama kaedahnya di antara sampan yang berlunas rata dengan yang berlunas melengkung.

 Sampan Lunas Rata

Perkara-perkara berikut ditentukan dahulu sebelum memasang enjin:

  • Ketinggian Pepat (transom height)

Ianya bergantung kepada ukuran pepat (transom). Ukuran yang diperlukan ialah seperti jadual di bawah :

Jadual-ketinggian-enjin-sangkut-dan-transom Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Jadual Ketinggian Enjin Sangkut Dan Transom

  • Garis Tengah (Pembahagi Dua Lebar Belakang Sampan)

Apabila memasang enjin, ia mestilah selari dengan garis tengah supaya sampan mudah dikendalikan dan tidak senget.

Garis-Tengah-dan-Ketinggian-Pepat Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Garis Tengah Dan Ketinggian Pepat

Kedudukan-Enjin-yang-salah-kanan Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Yang Salah, sampan senget ke kanan

Kedudukan-Enjin-yang-salah Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Yang Salah, sampan senget ke kiri

Kedudukan-enjin-yang-betul Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Yang Betul

Cara Menyesuaikan Ketinggian Pepat (transom height)

Ketinggian pepat mesti diubahsuai jika di dapati kedudukan enjin pada sampan tidak mengikut ukuran yang sesuai dan akan menyebabkan bahagian-bahagian enjin cepat rosak dan tidak mencapai kuasa maksima.

  • Bahagian Yang Perlu Dipotong
Pemotongan-transom-berlebihan Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Pemotongan Transom Berlebihan

  • Bahagian Yang Perlu Ditambah
Bahagian-Yang-Perlu-Ditambah Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Bahagian Yang Perlu Ditambah

Kedudukan-Enjin-Pada-Sampan-Berlunas Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Pada Sampan Berlunas

Kedudukan-Enjin-Pada-Sampan-Tidak-Berlunas Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Pada Sampan Tidak Berlunas

Sampan-Berlunas-Melengkung Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Sampan Berlunas Melengkung

Cara Menyangkut Enjin

Sampan Berlunas Melengkung

Menyangkut enjin pada sampan jenis lunas melengkung boleh dibuat dengan dua cara iaitu:

  • Sangkut Di Belakang
Enjin-Sangkut-Di-Belakang Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Enjin Sangkut Di Belakang

  • Sangkut Di Sisi
Enjin-Sangkut-Di-Sisi Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Enjin Sangkut Di Sisi

Kaedah Ketinggian Enjin Sangkut Pada Sampan

Ketinggian enjin bagi sampan lunas melengkong ini dikira dari lunas kepada plet anti peronggaan (Anti Cavitation Plate).

Ketinggian-Enjin-Bagi-Sampan Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Ketinggian Enjin Bagi Sampan

Ketinggian Pepat Tidak Betul

  • Terlalu Tinggi
Pemasangan-Pepat-Terlalu-Tinggi Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Pemasangan Pepat Terlalu Tinggi

Sekiranya enjin dipasang terlalu tinggi, pusingan kipas akan timbul dipermukaan air dan akan menyebabkan:

  1. Dedaun kipas akan berlubang, serpih dan haus
  2. Pusingan enjin meningkat
  3. Pergerakan sampan perlahan
  4. Penggunaan bahan api berlebihan
  • Terlalu Rendah
Pemasangan-Pepat-Terlalu-Rendah Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Pemasangan Pepat Terlalu Rendah

Jika kedudukan enjin terlalu rendah, ianya akan menyebabkan:

  1. Kuasa enjin berkurangan
  2. Suhu enjin meningkat
  3. Percikan air terlalu banyak
  4. Bahagian-bahagian enjin cepat rosak
  5. Penggunaan bahan api berlebihan
  6. Beban enjin bertambah
Kecondongan Enjin Sangkut Pada Sampan

Apabila menyangkut enjin di sampan, perlu ditegakkan ke paras 90o. Jika kedudukannya condong, ia akan mempengaruhi perjalanan sampan.

  • Pemasangan Yang Betul

 Sebaik-baiknya apabila sampan bergerak, keadaan paras air dengan lunasnya adalah selari.

Kedudukan-Enjin-Yang-Betul Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Yang Betul

  • Terlalu Ke Depan

Jika kedudukan enjin condong ke depan, apabila sampan bergerak akan menyebabkan haluannya menjunam ke air dan menghalang pergerakan sampan. Tindakan mengubah cemat penyelarasan ke belakang perlu dibuat.

Kedudukan-Enjin-Terlalu-Ke-Depan Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Terlalu Ke Depan

  • Terlalu Ke Belakang

Kedudukan enjin terlalu ke belakang akan mengakibatkan haluan sampan mendongak dan melambung ketika sampan bergerak. Ubahkan cemat penyelarasan ke hadapan.

Kedudukan-Enjin-Terlalu-Ke-Belakang Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan

Kedudukan Enjin Terlalu Ke Belakang

 

Loading...

Tags: #cara pasang enjin bot #cara pasang enjin bot fiber #cara pasang enjin sangkut pada vesel #kaedah betul pasang enjin bot #kedudukan enjin bot fiberglass #panduan lengkap pasang enjin bot #teknik pasang outboard engine

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Panduan Lengkap Memasang Enjin Sangkut Outboard Pada Sampan"