Cara Mendaftar Kad OKU & Kategori Orang Kurang Upaya Yang Patut Anda Tahu!

Cara Mendaftar Kad OKU & Kategori Orang Kurang Upaya Yang Patut Anda Tahu!

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan OKU kepada tujuh kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:

Kategori Orang Kurang Upaya

  1. Pendengaran

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu :

  • Minima (mild): 15 – <30 dB (kanak-kanak) / 20 – <30 dB (orang dewasa)
  • Sederhana (moderate): 30 – <60dB
  • Teruk (severe): 60 – 90dB
  • Sangat teruk (profound): >90dB
  1. Penglihatan

Buta kedua-dua belah mata atau buta di sebelah mata atau penglihatan terhad di kedua-dua belah mata atau lain-lain gangguan penglihatan kekal. Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada :

  • Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
  • Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation.
  1. Fizikal

Bermaksud ketidak upayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan atau ketiadaan atau ketidak upayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidak fungsian. Contoh penyebab ketidak upayaan adalah:

  • Limb defects (congenital / acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan
  • Spinal cord injury
  • Stroke
  • Traumatic brain injury
  • Kerdil
  • Cerebral palsy

Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.

  1. Masalah Pembelajaran

Bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global (global development delay), Sindrom Down (down syndrome), kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactive Disorder (AHDH) dan masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia, dygraphia.

  1. Pertuturan

Bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.

  1. Mental

Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh pakar psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

  1. Pelbagai

Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidak upayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana 6 kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidak upayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

Mengapakah OKU digalakkan mendaftar?

Sebab utama adalah seperti berikut:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

Cara-cara Untuk Membuat Permohonan Pendaftaran OKU

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
  • Menggunakan Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat jkm.gov.my.
  • Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenalan (dewasa), 4 keping gambar ukuran kad pengenalan (kanak-kanak) dan dokumen sokongan seperti salinan MyKad, MyKid atau Sijil Kelahiran.

Syarat-syarat Pendaftaran OKU

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia.
  • Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.

Apakah Kad OKU?

  • Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang telah berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Dalam keadaan manakah anda boleh menukar Kad OKU?

Penukaran Kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan:

  • Kad OKU hilang
  • Kad OKU rosak
  • Mencapai umur 18 tahun
  • Perubahan kategori ketidak upayaan
Loading...

Tags: #Apakah Kad OKU? #cara daftar OKU #cara membuat pendaftaran orang kurang upaya #Cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU #cara mendaftar kad OKU #Cara Untuk Memohon Kad OKU #dokumen untuk pendaftaran OKU #jabatan kebajikan masyarakat #kad OKU #kad OKU malaysia #kategori OKU #kategori oku boleh daftar #Kategori Orang Kurang Upaya #oku #OKU daftar #orang cacat #Orang Kelainan Upaya ( OKU ) Di Malaysia #orang kurang upaya #Pendaftaran Orang Kurang Upaya #siapa oku? #syarat daftar OKU malaysia #syarat-syarat pendaftaran OKU

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Mendaftar Kad OKU & Kategori Orang Kurang Upaya Yang Patut Anda Tahu!"