Telinga Masuk Air? Ini Tips Berkesan Untuk Atasi Masalah Anda!

Telinga Masuk Air. Ini Tips Menjadi Untuk Atasi Masalah Anda

Telinga kemasukan air ketika anda berenang atau mandi memang tidak menyelesakan. Hal ini kerap terjadi dan sering dianggap sebagai masalah yang biasa. Air yang menyumbat telinga akan mengering sendiri dalam beberapa ketika. Namun, selama air masih di dalam telinga, rasanya pasti sungguh tidak selesa. Biasanya suara yang anda dengar jadi seperti teredam dan bahkan bagi sesetengah orang, telinga kemasukan air akan menyebabkan rasa sakit. Untuk segera mengatasi telinga kemasukan air, anda boleh mencuba beberapa cara berikut.

Cara Mengeluarkan Air dari Telinga

  • Lap telinga dengan kain

Cara mudah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan mengelap telinga menggunakan kain. Mengelap bahagian luar telinga secara perlahan-lahan menggunakan kain yang lembut mungkin dapat menyerap sebahagian air di dalam telinga. Lakukan pengelapan ini sambil mengiringkan telinga yang kemasukan air ke arah kain. Pastikan untuk tidak mendorong kain ke bahagian dalam telinga.

  • Mengiringkan kepala

Cara lain untuk mengeluarkan air dari telinga adalah dengan mengiringkan kepala ke arah telinga yang kemasukan air. Jika perlu, lakukan hal tersebut sambil melompat kecil dengan satu kaki agar air terkeluar dari telinga. Tariklah cuping telinga untuk memudahkan air keluar.

  • Berbaring mengiring

Air akan mengalir menuju tempat lebih rendah kerana daya graviti. Untuk itu, cubalah berbaring mengiring agar air dapat keluar dengan mudah sekurang-kurangnya dalam masa beberapa minit. Biasanya cuping telinga akan terasa hangat ketika air keluar.

  • Menguap

Cara lain yang boleh membantu membebaskan air dari dalam telinga, terutama dari bahagian Eustachius, adalah dengan menguap. Gerakan ini mungkin saja membantu melegakan ketegangan bahagian telinga sehingga boleh menolak air keluar. Cubalah juga untuk menggerak-gerakan rahang dan mulut sehingga telinga anda terasa bebas kembali.

  • Mengunyah sesuatu

Biasanya air yang masuk ke dalam telinga akan masuk ke bahagian tabung eustachio. Bahagian tersebut merupakan salah satu bahagian dari bahagian dalam telinga. Untuk membantu membebaskan air sehingga dapat dikeluarkan dengan mudah, gerakan mengunyah dapat membantu. Jika perlu, mengunyahlah sambil mengiringkan kepala agar air lebih mudah keluar.

  • Mengiring dan menekup telinga dengan tapak tangan

Untuk mengeluarkan air, baring mengiring  ke sisi telinga yang bermasalah. Lalu gunakan tapak tangan anda untuk menutup telinga yang kemasukan air, seolah kepala anda bersandar pada tapak tangan tersebut. Gosokkan tapak tangan anda pada telinga dengan gerakan naik turun. Tekan telinga anda dengan kuat dan lepas dengan cepat sehingga anda merasakan air yang memasuki telinga tersedut keluar.

  • Tutup mulut dan hembuskan nafas kuat

Tutup mulut dan pegang hidung dengan tangan. Kemudian ambil nafas panjang dan keluarkan udara melalui lubang hidung. Ini akan mengatur tekanan udara dan mengurangi rasa tidak selesa pada telinga yang kemasukan air.

  • Titiskan dengan air suam

Sediakan air suam (bukan air panas) dan titiskan pada telinga anda yang kemasukan air sambil mengiringkan kepala dalam posisi telinga yang kemasukan air menghadap ke atas. Biarkan selama kira-kira tiga saat dan pusingkan kepala ke sisi yang berlawanan. Tunggu beberapa saat dengan posisi telinga yang kemasukan air menghadap bahu sehingga air mengalir keluar.

  • Gunakan pengering rambut

Setkan pengering rambut (hair dryer) anda pada kecepatan udara dan suhu yang paling rendah. Beri jarak sekitar 30 sentimeter dan keringkan dengan gerakan mendekati dan menjauhi telinga yang kemasukan air. Anda boleh mencuba cara ini sambil menggoyang-goyangkan cuping telinga anda. Udara panas yang ditiupkan pada telinga akan membantu air menguap lebih cepat.

  • Biarkan selama semalaman

Kebanyakan kes telinga kemasukan air akan sembuh dengan sendirinya. Maka, ketika anda hendak tidur di malam hari, mengiringlah ke sisi telinga yang bermasalah. Biasanya selama anda tidur, air akan mengalir keluar sendiri dan membasahi bantal di pagi hari.

Itulah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah ketika telinga kemasukan air. Jika cara di atas tidak berhasil dan telinga masih terasa tidak selesa atau sakit, sebaiknya segeralah berjumpa dengan doktor.

Loading...

Tags: #air masuk telinga #bagaiamana mengeluarkan air dari dalam telinga #buang air dalam telinga #cara mengeluarkan air dari telinga #cara mudah kleuarkan air dalam telinga #mengatasi telinga kemasukan air #mengatasi telinga tersumbat #Telinga kemasukan air #telinga masuk air #telinga tersumbat #Tips atasi telinga masuk air #tips mengatasi masalah telinga masuk air

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun.

Leave a reply "Telinga Masuk Air? Ini Tips Berkesan Untuk Atasi Masalah Anda!"