Ciri-ciri Asas Kucing Maine Coon Dan Penjagaannya

Kucing Maine Coon Asli Cantik

Kucing Maine Coon atau nama saintifiknya ialah Felis catus. Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama wilayah Maine, USA. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika Utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Ini kerana bentuk badannya adalah seakan-akan racoon (sejenis musang yang mengeluarkan bau busuk). Kucing jenis ini dikenali dengan jenis baka yang besar sehinggakan berat badan kucing jantan jenis ini boleh mencapai berat sehingga 10kg. Kucing Maine Coon mampu hidup pada keadaan sejuk, dalam salji kerana memiliki bulu yang tebal di bahagian kaki, perut dan leher serta kalis air.

Kebiasaannya kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan sahaja, beratnya adalah antara 6 hingga 9 kg. Manakala berat kucing betina adalah sekitar 4-6 kg. Kucing ini juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihat dan mendengar dengan jauh.

Antara sifat kucing Maine Coon yang digemari oleh peminat kucing jenis ini ialah sifatnya yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Kucing ini juga suka mengambil tahu apa sahaja yang dilakukan oleh tuannya, semasa melakukan aktiviti di atas meja, lantai mahupun di tempat tidur anda.

Apakah ciri-ciri asas kucing Maine Coon?
Secara amnya kucing Maine Coon mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Memiliki bentuk badan yang besar dan panjang
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
  • Bentuk mata lebar dan oval
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Mempunyai telinga lebar dibahagian bawah
  • Keadaan bahagian muka dengan dahi yang melengkung
  • Mempunyai ekor panjang dan lebar
  • Keadaan bulunya yang lebat dan kalis air

Bagi memastikan kesihatan kucing jenis ini, antara makanan harus dielakkan kepada kucing ini adalah seperti berikut :

  • Coklat
  • Biskut
  • Ikan air tawar
  • Daging babi
  • Ayam mentah
  • Ikan mentah
  • Susu lembu

Memelihara dan menjaga kucing Maine Coon tidaklah serumit seperti jenis kucing-kucing setaraf dengannya. Harga semasa bagi kucing Maine Coon yang asli serta memiliki sijil adalah sekitar RM4,000 ke atas, bergantung kepada kesihatan dan keadaan kucing itu sendiri.

Anak Kucing Maine Coon Badan Kucing Maine Coon Bulu Lebat Kucing Maine Coon Foto Anak Kucing Maine Coon Kucing Maine Coon Di Habitat Asal Kucing Maine Coon Jantan Kucing Maine Coon Paling Comel Kucing Maine Coon Umur 2 Bulan Kucing Maine Coon Umur 9 Bulan Kucing Maine Coon Yang Asli Biak Maine Coon Cat Muka Kucing Maine Coon Ramai Suka Kucing Maine Coon Corak Begini Telinga Dan Wajah Kucing Maine Coon

Carian Berkaitan

ayam mentah untuk maine coon, Ciri ciri biodata asas, CIRI CIRI MUKA KUCING MAINE COON ASLI, kucing maine coon, kucing salji
Loading...

Tags: #Apakah ciri-ciri asas kucing Maine Coon #asal kucing maine coon #bela kucing maine coon #beli kucing maine coon #bentuk kucing maine coon #Ciri-ciri Asas Kucing Maine Coon #gambar kucing maine coon asli #harga kucing maine coon #Maine Coon #makanan kucing maine coon #tips bela kucing maine coon

Kenapa Perlu Memberi Ubat Cacing Pada Kucing Anda?
Pemberian ubat cacing secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing
Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam
Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak
Puting susu kucing akan mula membengkak dan bewarna kemerah-merahan selepas 15 hingga 18
Penjagaan Kucing Selepas Melahirkan Anak
Pertama kali apabila kucing anda melahirkan anak, anda tidak perlu berbuat apa-apa cuma

Comments are closed.