Resepi Masakan Daging Masak Merah Versi Thai

Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah Versi Thai

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang panjang (jika suka)
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang (hiasan)

Cara memasak :

  1. Rebus daging dengan pewarna merah hingga empuk dan potong nipis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili giling. Kacau sebentar dan masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  4. Masukkan daging tadi bersama bawang besar yang dihiris dan kacau. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
  5. Masakan sedia dihidangkan dengan nasi putih.
Loading...

Tags: #bahan bahan memasak #cara masak Daging Masak Merah Versi Thai #cara memasak Daging Masak Merah Versi Thai #resepi Daging Masak Merah Versi Thai

Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Leave a reply "Resepi Masakan Daging Masak Merah Versi Thai"