Portal Online Poslaju & Pos Ekspres, Cara Mudah Semak Penghantaran Dari Luar Negara!

Pos Laju Pos Ekspres

Poslaju dan Pos Ekspres merupakan medium penghantaran dan menerima bungkusan yang popular di Malaysia. Manakala untuk penghantaran dari luar negara, biasanya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Apabila anda membeli sesuatu barangan dari luar negara dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos.com.my, pasti akan membuat anda keliru sama ada bungkusan anda dihantar menggunakan Pos Laju ataupun Pos Malaysia. Apabila anda membuat semakan, cuba masukkan nombor tracking di portal semakan Poslaju, ia gagal dikesan ataupun nombor tracking itu tidak wujud dalam perkhidmatan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, anda boleh cuba menggunakan portal di bawah untuk menyemak bungkusan anda.

POSTAL NINJA

Postal Ninja merupakan portal universal untuk penghantaran antarabangsa. Ia dapat membantu anda menyemak bungkusan dari Amerika Syarikat, Eropah, China dan lain-lain dengan cepat dan tepat meliputi pelbagai jenis courier service.

  • Klik untuk ke portal Ninja https://postal.ninja/en
  • Bagi penghantaran menggunakan Pos Malaysia, Poslaju dan Pos Ekspress, anda boleh menyemak status penghantaran bungkusan anda di portal ini.
  • Caranya sangat mudah. Anda tidak perlu memilih perkhidmatan apa yang anda gunakan seperti sesetengah portal track and tracking antarabangsa yang lain. Hanya masukkan nombor tracking dan ia akan memaparkan status penghantaran bungkusan anda.

POS LAJU ATAU POS EKSPRES MANA YANG SESUAI?

Jika anda keliru antara perkhidmatan Poslaju dan Pos Ekspres, ini perbezaannya :

  • Poslaju memerlukan tandangan penerima. Anda boleh menghantar bungkusan yang berupa barangan, dokumen dan sebagainya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan lebih selamat. Penghantaran memerlukan anda berurusan di kaunter.
  • Pos ekspres pula tidak memerlukan tandatangan menerima, ia akan dihantar ke peti surat penerima dengan kadar yang sangat cepat. Pos Ekspres hanya untuk penghantaran dokumen sahaja. Jika selain daripada dokumen, posmen akan memulangkan semula penghantaran anda.

Poslaju Portal Online Poslaju & Pos Ekspres, Cara Mudah Semak Penghantaran Dari Luar Negara!

  • Untuk menyemak status bungkusan anda bagi Poslaju, anda boleh menggunakan mana-mana portal di bawah.
  1. www.tracking.my https://www.tracking.my/couriers/poslaju
  1. poslajutrack.com http://poslajutrack.com/poslaju-tracking/
  1. www.trackposlaju.com http://www.trackposlaju.com/
  1. www.aftership.com https://www.aftership.com/en/courier/malaysia-post

pos-express-pic Portal Online Poslaju & Pos Ekspres, Cara Mudah Semak Penghantaran Dari Luar Negara!

  • Manakala untuk menyemak status bungkusan anda bagi Pos Ekspres, anda boleh menggunakan mana-mana portal di bawah.
  1. pos.com.my http://www.pos.com.my/postal-services/quick-access/?track-trace
  1. www.trackcourier.net http://www.trackcourier.net/pos-ekspress-tracking/
  1. www.aftership.com https://www.aftership.com/en/courier/malaysia-post
IMG_20171206_114610-150x150 Portal Online Poslaju & Pos Ekspres, Cara Mudah Semak Penghantaran Dari Luar Negara!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #beza poslaju dan pos ekspres #cara menyemak pos antarabangsa #cara menyemak pos ekspres #cara menyemak poslaju #courier service #menyemak status penghantaran bungkusan dari luar negara #penghantaran melalui pos malaysia #pos antarabangsa #pos ekspres #pos laju di malaysia #pos malaysia #poslaju #Poslaju VS Pos Ekspres #track and trace #track and trace pos ekspres #track and trace pos malaysia #track and trace poslaju #tracking number #tracking pos ekspres #tracking poslaju

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.