Resepi Tom Yam Thai Paling Sedap

Tom Yam Goong

Tom Yam Goong / Tom Yam Thai

Bahan-Bahan Paste :

  • ½ Cawan Serai dihiris
  • 20 Biji Bawang merah
  • 10 Biji Bawang putih
  • 20 Biji Cili Kering
  • 1 Sudu besar Belacan
  • 1 Sudu Kecil Kulit limau purut
  • 2 Batang Daun Ketumbar dibasuh bersih
  • 3 Inci Lengkuas dihiris halus
  • 2 Batang Daun sup dibasuh besih

Cara-Cara Memasak Paste :

Kisarkan semua bahan-bahan dan tumis hingga masak, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biar sehingga agak garing. Paste ini boleh dihidangkan di dalam tomyam, kari hijau dan otak-otak.

Bahan-bahan Tom yam

  • 2 Sudu besar Paste Tomyam (Paste tomyam ready mate boleh juga digunakan)
  • 4 Ketul Dada ayam
  • 6 Sudu besar Sos ikan
  • 5 Sudu besar Sos ikan
  • 5 Sudu besar Air limau nipis
  • 6 Helai Daun limau purut
  • 9 Cili api
  • 11 Ekor udang harimau
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 Batang Serai
  • 4 Tangkai Daun ketumbar
  • Gula, garam dan ajinomoto

Cara-cara Memasak :

  1. Rebus dada ayam dengan 10 cawan air Selama ½ jam , kemudian masukkan serai dan lengkuas biarkan sehingga ½ atau sehingga ia mendidih.
  2. Masukkan pula udang, Paste tomyam, ajinamoto, sos ikan dan cili api, kacau dan biarkan selama 10 minit kemudian masukkan daun ketumbar dan daun limau purut (biarkan beberapa minit)
  3. Kemudian padam api dapur dan masukkan air limau nipis, kacau sehingga rata dan boleh dihidangkan.

Carian Berkaitan

resepi tomyam thai

Encik Shino

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara masak tom yam thai #resepi tomyam sedap #resepi tomyam thai #tomyam #tomyam goong

Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!
Bahan-bahannya: *Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan. 1/2 bungkus bihun dicelur hingga
Resipi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahannya : 12 ketul kaki ayam dibersihkan dan dipotong dua 1 biji bawang
Cara Menyediakan Jus Kedondong Asam Boi
Bahan-bahan : 12 biji buah kedondong 10 biji asam boi jenis putih 4
Resipi Air Jagung Special
Bahan-bahan : Kordial perisa jagung Air Gula secukup rasa 1/2 tin Jagung manis

Comments are closed.