Tips Mengurangkan Dan Melangsaikan Hutang Kad Kredit Secara Berhemat

Tips Mengurangkan Dan Melangsaikan Hutang Kad Kredit Secara Berhemat

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak dalam keadaan baik seperti pada masa kini, berhutang dengan bank adalah sesuatu yang normal. Salah satu cara yang diguna pakai oleh kebnayakan orang ialah menggunakan kad kredit sebagai alternatif bagi menampung jumlah pendapatan yang tidak mencukupi dan sebagainya.

Pernah sahaja kita terdengar cerita tentang orang terdekat yang mengalami masalah dalam melangsaikan hutang kad kredit. Untuk selamat, pemiutang perlulah menggunakan kad kredit dengan efektif dan menguruskan perbelanjaan bulanan dengan baik serta pandai mengurus pembayaran hutang dengan baik.

Kebiasaannya, banyak kes individu yang mempunyai masalah dalam pembayaran kad kredit adalah yang mempunyai banyak kad kredit. Bagi yang memliki hanya satu kad kredit, masalah hutang kad kredit tidak begitu di tahap sukar dan lebih mudah untuk diselesaikan.

Tips Melangsaikan Hutang Kad Kredit Secara Berhemat

Antara tips yang boleh diamalkan untuk melangsaikan hutang kad kredit adalah seperti berikut :

  1. Kurangkan kad kredit

Jika anda mempunyai banyak kad kredit, kurangkan kad kredit anda. Kalau ada dua, potong salah satu. Ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan yang berterusan terhadap kedua-dua kad kredit. Jika hutang sudah terlalu banyak, maksudnya perbelanjaan anda juga sudah tidak terkawal. Semak semula perbelanjaan bulanan anda yang terlebih dari bajet dan kurangkan mana yang perlu. Apabila kurang kad kredit, maka kuranglah alasan anda untuk berbelanja lebih setiap bulan.

  1. Jangan buat pembayaran minimum

Peraturan utama jika anda ingin berhutang dengan kad kredit ialah untuk tidak membuat pembayaran minimum. Biasanya pembayaran minimum ni adalah 5% daripada hutang atau RM50 setiap bulan (mana-mana lebih tinggi). Bila anda membuat pembayaran minimum, semakin tinggi hutang yang tertunggak maka semakin tinggi faedah yang dikenakan.

  1. Lebihkan bayaran pada tunggakan hutang yang lebih tinggi dahulu

Katakan dalam kes anda mempunyai lebih dari satu kad kredit, hutang manakah yang perlu dibayar dahulu? Cara yang paling bagus adalah melebihkan pembayaran pada kad yang paling banyak hutang dahulu. Ingat, semakin banyak hutang tertunggak, maka semakin banyak caj faedah yang dikenakan. Prioriti kedua adalah melebihkan pembayaran pada kad yang mempunyai caj faedah paling tinggi. Caj faedah ni bergantung kepada jenis kad dan bank.

  1. Jangan lambat bayar

Jangan lambat bayar hutang kad kredit anda. Alasan seperti terlalu sibuk dengan komitmen sehingga menyebabkan anda terlepas tarikh akhir membayar kad kredit adalah satu alasan yang tidak boleh diterima. Melambatkan pembayaran akan menyebabkan tahap kewangan anda semakin kritikal pada masa hadapan dan menambahkan lagi timbunan hutang yang sedia ada.

  1. Bayar secara atas talian

Bayar hutang kad kredit anda secara atas talian (online). Pada masa kini, pelbagai kemudahan dan perbankan atas talian yang wujud untuk memudahkan anda melakukan transaksi dan pembayaran hanya di hujung jari sahaja. Jadi, tidak perlu anda membazirkan masa, petrol, tenaga dan wang anda untuk ke cawangan bank semata-mata untuk membayar hutang anda. teruslah membuat bayaran apabila anda menerima gaji, jangan dilambat-lambatkan.

  1. jangan gali lubang untuk menutup lubang lain

Jangan meminjam untuk membayar hutang kad kredit anda. perkara ini memang banyak dilakukan oleh individu. Bila sudah mencapai tahap max out pada kad kredit, mereka buat pinjaman peribadi untuk membayar hutang kad kredit.  Kata orang, gali lubang sini untuk menutup lubang sana. Kalau kena gayanya, memang menjadi. Tapi risikonya adalah pada diri anda sendiri.

Dalam bab berhutang ini, masalah utama yang sering gagal ditangani oleh ramai orang ialah cara hidup dan perbelanjaan yang melebihi tahap kemampuan. Bukannya masalah gaji tidak mencukupi, tapi hidup di luar batas kemampuan. Jika perkara ini tidak diperbetulkan, sampai bila-bila anda akan berdepan dengan masalah kewangan. Harap tips yang diberikan ni dapat membantu anda melangsaikan hutang kad kredit  dengan lebih efisyen dan efektif.

Loading...

Tags: #Bahaya Lambat Lakukan Bayaran Kad Kredit #cara bijak menggunakan kad kredit #cara mengurangkan beban hutang kad kredit #Cara Untuk Menjelaskan Hutang Kad Kredit Anda #hutang kad kredit #Hutang kad kredit dan panggilan untuk sita dan lelong #kad kredit #Masalah Hutang Kad Kredit #melangsaikan hutang kad kredit #Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit #tips melangsaikan hutang kad kredit dengan berhemat #tips menyelesaikan masalah hutang kad kredit

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Comments are closed.