Tips Pemakaian Dan Penjagaan Kanta Lekap Yang Betul

Tips Pemakaian Dan Penjagaan Kanta Lekap Yang Betul

Memakai kanta lekap bagaikan satu trend pada masa kini terutamanya bagi wanita. Dengan variasi kanta lekap dengan pelbagai pilihan ton dan warna, memakai kanta lekap bukan sahaja dapat mengatasi masalah rabun malah menjadi perhiasan dan solekan mata. Ada yang memakai kanta lekap dengan tujuan untuk mengatasi masalah rabun dan untuk memudahkan rutin harian tanpa mengenakan kaca mata lagi dan ada juga yang ridak rabun memakai kanta lekap untuk kelihatan lebih bergaya. Tentu ada antara anda yang berasakan diri kelihatan lebih yakin sewaktu memakai kanta lekap berbanding memakai cermin mata.

Adalah perkara biasa buat mereka yang sering memakai cermin mata, bahagian bawah mata kelihatan cengkung dan terdapat lingkaran gelap. Ini berbeza dengan mereka yang memakai kanta lekap malah kadangkala orang lain tidak perasan pun mereka seorang yang rabun. Namun, realitinya masih ramai yang tidak ambil peduli dan mempunyai pengetahuan tentang penjagaan dan cara-cara memakai kanta lekap yang betul. Kanta lekap yang kotor atau tercemar boleh mengakibatkan infeksi pada mata. Lebih teruk lagi ia boleh merosakkan mata dan menjejaskan penglihatan anda.

Berikut adalah beberapa cara yang betul untuk memakai dan menjaga kanta lekap anda supaya tidak membahayakan diri.

  1. Jangan pakai kanta lekap lebih lama daripada sepatutnya. Jika kanta lekap anda jenis bulanan, jangan guna lebih daripada tempoh yang ditetapkan. Jika anda menggunakan kanta lekap jenis harian, jangan guna semula kanta lekap yang sama setelah anda menanggalkannya walaupun kanta lekap anda masih baru lagi.
  2. Jangan pakai kanta lekap untuk tempoh yang lama setiap hari iaitu lebih daripada 8 jam hingga 10 jam. Mata anda memerlukan rehat dan seeloknya tanggalkan kanta lekap bila anda pulang dari kerja.
  3. Pastikan anda basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap anda. Jangan pegang bahan yang berminyak atau sarat dengan wangian sebelum menyentuh kanta lekap anda.
  4. Elakkan daripada memakai kanta lekap semasa tidur pada waktu malam.
  5. Bersihkan kanta lekap setiap kali anda menanggalkannya. Bersihkan dan bilas dengan cecair khas (solution)untuk mencucinya bagi membuang kotoran dan benda asing yang mungkin terlekat pada kanta lekap.
  6. Simpan dan letakkan kanta lekap di dalam bekas kanta lekap yang telah disediakan.
  7. Elakkan menyimpannya di tempat yang kurang bersih seperti di dalam tandas kerana udara yang kotor juga boleh menyebabkan jangkitan yang tidak diingini.
  8. Jangan sesekali menggunakan air liur untuk membersihkan benda asing yang melekat pada kanta lekap.
  9. Jangan terus memakai kanta lekap sekiranya pada waktu itu mata anda mengalami radang ataupun alahan. Rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
  10. Pastikan anda tidak tercampur antara kanta sebelah kanan dan kiri.
  11. Seperti kanta lekap anda, bekasnya pun perlu selalu dicuci dengan menggunakan cecair khas (solution).
  12. Jika mata anda berasa tidak selesa selepas memakai kanta lekap, tanggalkan dan cuci sedikit menggunakan solution. Jika masih berasa tidak selesa, cabut dan guna kanta baru. Jika mata anda merah dan masih sakit walaupun tanpa menggunakan kanta lekap, jumpa doktor mata.
  13. Jangan memakai kanta lekap yang sudah terkoyak kerana akan menyebabkan mata anda pedih, terasa sakit dan menjadi merah.
  14. Walaupun anda tidak menggunakan kanta lekap setiap hari, pastikan anda menukar cecair khas (solution di dalam bekas kanta lekap setiap hari).
  15. Jika anda seorang yang gemar bermekap, pakai kanta lekap anda sebelum menggunakan mekap di bahagian mata.
Sumber : http://www.mynewshub.cc
Loading...

Tags: #bahaya tidak menjaga kebersihan kanta lekap #cara memakai kanta lekap dengan betul #cara menjaga kanta lekap dengan betul #cara pakai contact lens pertama kali #contact lense #Jenis Dan Tempoh Masa Pemakaian #kanta lekap #kanta sentuh #pakai lens #panduan memakai dan menjaga kanta lekap #Pilihan kanta lekap

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.