Tips Mudah Kemas Bagasi Sebelum Pergi Melancong!

Tips Mudah Kemas Bagasi Sebelum Pergi Melancong!

Berbicara tentang percutian, pastinya anda terbayang-bayang destinasi yang mempunyai tarikan menarik dan mempersonakan.

Sama ada di dalam atau luar negara, aktiviti menyeronokan ini mestilah dilakukan sekurang-kurang sekali setahun bersama-sama ahli keluarga atau sahabat handai.

Sebelum berangkat ke destinasi pelancongan pilihan, segala persiapan perlulah dilakukan dengan cermat supaya tidak mendatangkan masalah kepada anda saat bercuti lebih-lebih lagi berkaitan dengan bagasi.

Dipetik dari laman Esquire Indonesia, penulis kongsikan 5 tips mudah kemaskan bagasi anda sebelum pergi melancong. Let’s find out!

1. Ambil Masa Untuk Senaraikan Barangan Yang Perlu Dibawa

Para pembaca, kunci dalam mengemas barangan dalam bagasi adalah dengan menentukan item atau barangan yang penting dibawa oleh anda saat melancong. Langkah ini seringkali dilupakan menyebabkan anda menjadi keliru dan pening kepala memikirkan apa yang perlu dibawa. Anda dinasihatkan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyenaraikan item-item yang akan dimasukkan ke dalam bagasi seperti pakaian dan barangan penjagaan diri.

2. Susun Barangan Mengikut Urutan

Barangan yang besar dan berat hendaklah diletakkan di bahagian bawah manakala barangan yang ringan dan kecil disusun di bahagian tengah. Langkah ini bagi mengelakkan item-item kecil mengalami tekanan apabila dihimpit barangan yang besar. Sementara itu, barangan terakhir yang perlu diletakkan di bahagian atas dalam bagasi adalah barangan yang mudah diambil untuk kegunaan segera terutamanya apabila sampai ke destinasi percutian seperti baju sejuk atau dokumen perjalanan.

3. Lipat Dan Gulung Pakaian Anda

Tidak cukup ruang untuk meletakkan pakaian dalam bagasi? Jangan khuwatir! Salah satu cara untuk menjimatkan ruang dalam bagasi adalah dengan menggulungkan pakaian anda berbanding melipat pakaian. Menerusi kaedah ini, anda dapat memuatkan pakaian pilihan seharian ketika bercuti bersama-sama kasut, selipar, alat kosmetik dan lain-lain lagi dalam beg kecil. Paling penting, anda perlulah memerhati fabrik pakaian yang dibawa. Pakaian kasual seperti T-shirt, seluar jeans dan baju sejuk sebaik-baiknya digulung berbanding pakaian yang lebih kaku seperti sut atau kemeja sangat sesuai dilipat seperti biasa.

4. Jangan Bawa Barangan Secara Berlebihan

Jangan membawa barangan secara berlebihan ketika bercuti. Oleh itu, sila perhatikan kembali barangan yang akan dibawa oleh anda ketika melancong. Mungkin terdapat beberapa barangan yang tidak digunakan langsung saat anda berlibur di destinasi pelancongan nanti. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu membawa barangan yang sia-sia sekaligus memberatkan bagasi.

5. Sediakan Ruang Simpanan Yang Mencukupi

Meskipun terdapat banyak ruang kosong untuk dimasukkan beberapa barangan, anda disyorkan agar menyediakan ruangan simpanan lebih kurang 15 % dari bagasi untuk meletakkan objek atau item yang tidak dijangka seperti cenderahati atau ole-ole. Jika tidak digunakan kelak, ruangan ini sedikit sebanyak membantu peredaran udara bagi menjaga kelembapan bagasi semasa perjalanan.

azlan-150x150 Tips Mudah Kemas Bagasi Sebelum Pergi Melancong!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Kemas Bagasi Cepat Cara Blogger #Cara Kemas Barangan Sebelum Pergi Bercuti #cara kemas beg sebelum melancong #Cara Kemas Pakaian Ke Dalam Beg Bagasi #Cara Mengemas Banyak Barang Kedalam Satu Tas #Cara Mudah Mengemas Bagasi #Cara Pek Barang Kala Bercuti #Kemas Beg Travelling #Macam Mana Nak Kemas Beg Dengan Efisien dan Pantas #mengemas bag #Tip Mengemas Bagasi Sebelum Pergi Bercuti #Tips Mudah Kemas Barangan Sebelum Bercuti #tips terbaik kemas bag

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.