Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Supaya Kesannya Lebih Baik

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Supaya Kesannya Lebih Baik

Vitamin C penting untuk tubuh badan kita. Selain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan salur darah, vitamin C terbukti dapat meningkatkan sistem pertahanan badan kita yang setiap hari terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca dari mana datangnya sakit dan penyakit. Dengan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, seseorang mesti memastikan tubuh mendapat khasiat vitamin C sama ada daripada sumber makanan semulajadi atau suplement tambahan.

Ada orang yang memang setiap hari mengambil makanan dengan sumber vitamin C, tetapi ia belum tentu cukup untuk menampung keperluan tubuh badannya. Ada pula yang tidak lansung mengambil kira kepentingan zat dan nutrisi ini dalam diet sehariannya.

Berikut adalah cara pengambilan vitamin C yang betul supaya lebih berkesan dan tidak membazir :

  1. Vitamin C sangat sensitif dan boleh bertindakbalas dengan udara, air dan suhu. Cara terbaik ialah mengambil makanan yang kaya vitamin C dalam keadaan mentah seperti buah-buahan segar yang baru dipetik, kerana proses merebus atau mengukus makanan akan mengurangkan kualiti vitamin sehingga 25 %.
  2. Menyimpan buah atau sayur-sayuran dalam dalam jangka waktu yang lama juga boleh mengurangkan atau menyebabkan kehilangan vitamin C yang terkandung di dalamnya. Tidak berbaloi jika anda sudah menghabiskan duit untuk membeli dan makan sayur-sayuran tetapi khasiat yang diperoleh tidak banyak kerana disimpan dalam jangka waktu yang lama.
  3. Memasak sayuran selama 20 hingga 30 minit akan menghilangkan separuh daripada kandungan nutrisinya. Proses pemanasan juga turut mengurangkan kandungan Vitamin C.
  4. Dos harian Vitamin C yang dicadangkan untuk lelaki adalah sebanyak 90 mg manakala 75 mg untuk wanita.
  5. Sekalipun kita memang mengambil vitamin C dalam pemakanan seharian, tubuh kita ini sentiasa terdedah dengan radikal bebas yang akan menyusutkan dan menyebabkan kehilangan vitamin C yang sangat penting untuk menjadi pelindung kepada asakan patogen jahat dan jangkitan penyakit. Adalah penting untuk mengambil sumber vitamin dari supplement sama ada dalam bentuk tablet atau cecair. Telan 1 biji tablet atau 1 sudu besar vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.
  6. Bagi ibu hamil dan menyusukan pula, mereka memerlukan sekitar 85 hingga 120 mg sehari. Bagi anda yang sedang hamil, berpantang, menyusu bayi, selepas pembedahan dan menghidap penyakit penyakit tertentu, anda disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar atau doktor yang bertauliah sebelum mengambil sebarang suplement vitamin C.
  7. Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.
  8. Pastikan suplement vitamin C adalah Sustain Released supaya tidak membazir Vitamin C dan urin tidak dipenuhi vitamin C. Vitamin C berlebihan akan dikeluarkan dari badan malah memberi kesan buruk kepada kesihatan buah pinggang.
  9. Maksimum hanya 200mg supplement Vitamin C diambil dalam masa 1 jam. Menurut pakar kesihatan, maksimum pengambilan Vitamin C hanya 2000mg sehari.
  10. Walaubagaimanapun, tidak ada dos pengambilan yang khusus untuk vitamin C kerana ia bergantung kepada faktor umur, berat badan, jantina, tabiat pemakanan, rutin seharian dan gaya hidup seseorang. Vitamin C memang sangat mudah termusnah dan keperluannya berbeza pada setiap orang terutamanya mereka yang sering mengambil ubat tahan sakit dan perokok tegar kerana 1 batang rokok sahaja mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C.
Loading...

Tags: #Bagaimana cara makan Vitamin C yang betul #cara makan serbuk vitamin c pahang #Cara makan vitamin C 1000 mg yang paling selamat #cara makan vitamin c 1000mg dengan betul #cara makan vitamin c plus shaklee #cara makan vitamin C supaya tidak membazir #cara makan vitamin C yang betul #CARA MAKAN VITAMIN C YANG BETUL TAK BAZIR #cara pengambilan vitamin C yang betul dan berkesan #Kebaikan Makan Vitamin C Yang Ramai Orang Belum Tahu #Kesan sampingan pengambilan vitamin C terlalu banyak #manfaat vitamin C #Pengambilan Vitamin C & Kesan Pada Kesihatan #suplement dan nutrisi vitamin C #testimoni acorbic vitamin c 1000 mg #Vitamin C #vitamin c 1000mg #vitamin c cebion 1000mg

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.