Lelaki, Bakar Lemak Di Perut Anda Dalam Masa Seminggu Dengan 6 Langkah Ini!

Bakar Lemak Di Perut Anda Dalam Masa Seminggu Dengan 6 Langkah Ini

Perut anda buncit? Kebiasaannya, masalah kebuncitan perut ini dialami oleh lelaki yang baharu mendirikan rumah tangga atau seseorang bertubuh gempal.

Tidak hanya menjejaskan kesihatan diri, masalah perut buncit boleh menganggu penampilan seseorang khususnya buat golongan Adam di luar sana.

Terdapat pelbagai punca berlakunya gejala ini termasuklah tidak mengamalkan amalan hidup sihat dan aktif.

Bagi mengatasi masalah ini, penulis menyenaraikan 6 langkah mudah buat kaum lelaki untuk membakar lemak di perut anda dalam masa seminggu. Take a look!

1. Lakukan Latihan Ketangkasan Secara Rutin

Latihan ketangkasan merupakan salah satu bentuk senaman yang menggabungkan beberapa gerakan dalam satu sesi latihan. Misalnya, anda boleh melakukan senaman seperti push-up, lunge dan squats sebanyak 15 kali bagi setiap satu sesi. Sekiranya masih mampu, tambahkan latihan melompat tali kira-kira satu minit. Untuk info, latihan ini boleh membakar lemak sekurang-kurangnya 500 hingga 600 kalori bagi setiap sesi. Oleh itu, anda disarankan melakukan gerakan ini secara rutin.

2. Wajib Amalkan Senaman Otot Perut

Selain senaman ketangkasan, anda juga perlu amalkan senaman otot perut. Latihan ini seelok-eloknya dilakukan tiga kali seminggu. Jangan lupa untuk melakukan senaman crunch dan angkat kaki sebanyak 20 kali setiap satu set latihan selama 20 minit. Malah, anda juga boleh melakukan plank dimana menahan badan di dalam kedudukan push-up dengan menggunakan siku kira-kira 30 hingga 60 saat untuk empat set latihan.

3. Atur Pola Makanan Anda Dengan Baik

Pengambilan makanan dalam tempoh ini adalah sangat penting kerana memainkan peranan kepada perubahan bentuk badan anda. Lebih baik memakan makanan yang semula jadi dan seimbang seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bijirin berbanding memakan makanan diproses atau mengandungi kadar gula yang tinggi.

4. Banyak Minum Air Putih

Di samping menjadikan kulit berseri-seri, amalan meminum air putih yang cukup boleh membantu melancarkan proses pembuangan toksin dari tubuh badan kita. Anda digalakkan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari demi kesihatan yang semaksimal.

5. Elakkan Diri Daripada Tekanan Stress

Tahukah anda, apabila mengalami tekanan stress atau kebimbangan yang berlebihan, tubuh badan kita akan menghasilkan hormon kortisol yang mengakibatkan risiko kenaikan berat badan (terutamanya di bahagian abdomen). Justeru, elakkan diri daripada tekanan stress dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

6. Jauhi Alkohol

Alkohol mengandungi banyak gula dan kalori yang akan bertukar menjadi lemak dalam tubuh badan dimana untuk lelaki biasanya tertumpu dibahagian perut (abdomen). Apabila meminum alkohol, organ hati anda akan membakar alkohol bukannya lemak. Tambahan pula, amalan menimum alkohol turut meningkatkan selera makanan sehingga menjejaskan diet harian anda. Bagi orang muslim, meminum alkohol atau arak adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

Sumber: Esquire Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #4 Cara Membakar Lemak Tubuh yang Paling Efektif #Bakar Lemak Di Perut Anda Dalam Masa Seminggu #Cara Bakar Lemak Dengan Cepat #Cara Cepat Bakar Lemak Perut dalam Waktu Seminggu #Cara cepat dan mudah bakar lemak di tubuh #cara membakar lemak di paha #cara membakar lemak di perut dan pinggang #cara membakar lemak tanpa olahraga #cara menghilangkan lemak di seluruh tubuh secara alami #cara menghilangkan lemak di tubuh #cara menghilangkan lemak perut tanpa olahraga #Cara Mudah Bakar Lemak Di Perut #cara nak kurus #masalah perut boroi #obat tradisional menghilangkan lemak di perut #perut buncit #Petua Mudah Bakar Lemak Di Perut #Tips Bakar Lemak Di Perut #Tips Cara Membakar Lemak Dengan Cepat #Tips Cara Paling Pantas Untuk Membuang Lemak Di Perut #tips kempiskan perut #Tips Kempiskan Perut Anda

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
25 Jenis Hantu Paling Seram Dalam Masyarakat Melayu Malaysia
Hantu merupakan nama panggilan bagi makhluk jin atau syaitan yang menjelma atau merupa

Comments are closed.