10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Biarpun anda telah menyusun sebaik-baik, mungkin kasut-kasut yang ada pasti akan kembali tungang-langgang. Bukan apa, selagi anda tidak menggunakan rak kasut pasti masalah ini tidak akan selesai. Bagaimana caranya untuk menyediakan laluan masuk ke rumah agar bebas selerak, bersiap pada waktu pagi dengan lancar setiap hari? Gaya storan kasut dengan idea rak kasut yang kreatif membantu menjadikan kasut atau selipar untuk ke luar rumah anda mudah dicapai tanpa menggunakan banyak ruang anda.

Berikut ialah 10 jenis rak dan teknik menyimpan kasut agar tidak sahaja lebih tersusun kemas malah memberikan cetusan yang elegan pada penataan mahligai anda.

 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous

  1. Rak Ikea

1-rak-ikea-1 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Rak kasut seperti ini mudah didapati di Ikea. Apabila dilekatkan pada dinding, rak ini kelihatan elegan dan kemas, malah turut menjimatkan ruang bagi rumah yang tidak luas.

  1. Rak Nipis Horizontal

2-rak-nipis-1 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Bagi yang sukakan rak kasut yang kemas, anda boleh cuba letakkan 2 kayu kecil pada dinding dan letakkan kasut anda di antaranya.

2-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Selain rak DIY, anda juga boleh mendapatkan rak horizontal yang diperbuat daripada aluminium seperti dalam gambar di atas.

  1. Susunan Kreatif

3-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Bagi yang sukakan kreativiti, anda boleh buat susunan sebegini pada bucu dinding. Rak DIY seperti di atas boleh dibuat dengan pelbagai medium sama ada kayu, bahan buangan mengikut kreativiti anda. Menarik, bukan?

  1. Rak Daripada Tin Cat atau Tin Milo

4-tin 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Tin atau apa jua bekas silinder boleh digunakan untuk dijadikan rak seperti di atas. Dengan kreativiti anda, olah ruang untuk menyimpan kasut anda kelihatan menarik dan kemas. Selain itu, kemasan warna bersesuaian pada tin atau bekas silinder pasti akan membuatkan rak kasut begini lebih menarik.

  1. Rak DIY Daripada Kayu Pallet

5-diy 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Terdapat bayak idea untuk membuat rak DIY menggunakan kayu pallet. Ini adalah salah satu contoh rak DIY yang dapat menjimatkan ruang dan sesuai untuk ruang masuk yang sempit. Kemasan warna yang menonjol ataupun warna yang serasi dengan dinding akan mengubah bahagian yang sempit di ruang masuk menjadi lebih menarik.

  1. Rak Kayu Besar

6-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Penyelesaian yang sempurna, rak kayu untuk sejumlah besar kasut ini dapat menempatkan pelbagai jenis kasut.

  1. Penyangkut Buatan Sendiri

7-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Idea seperti ini agak menarik. Mengikut kreativiti anda, pastikan padanan warna yang sesuai dengan latar serta tempatkan rak penyangkut sebegini di ruang yang strategik. Tetapi bagi ruang masuk yang sempit, idea rak kasut sebegini mungkin tidak sesuai.

  1. Rak Paip

8-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Sesuai untuk ruang bersudut. Rak begini kelihatan simple dan kreatif.

  1. Rak Kadbod DIY

9-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Apa yang anda perlukan adalah kadbod yang agak tebal.

  1. Rak Kanvas

10-Idea-Rak-Kasut 10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!

Gantikan kebiasaan rak kasut yang dibuat daripada kayu atau material lain dengan menggunakan kotak kanvas begini sebagai tempat menyimpan kasut. Simple dan anda boleh meletakkannya atau memindahkkannya di mana-mana sahaja.

Loading...

Tags: #10 idea rak kasut #idea rak kasut DIY #idea rak kasut kreatif dan menarik #idea rak kasut untuk ruang sempit #kasut #rak kasut #rak kasut besi #rak kasut DIY #rak kasut gantung #rak kasut ikea #rak kasut kayu #rak kasut kreatif untuk rumah anda #rak kasut lazada #rak kasut murah #rak kasut pallet #rak kasut sesuai #simpan kasut

Cara Bancuh Simen dan Nisbah Bancuhan Simen Yang Sesuai Untuk Projek DIY Anda
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk membancuh simen: Bahan yang diperlukan: simen Pasir (pilihan,
Bagaimana Untuk Mengesan Kebocoran Paip Air Di Dinding?
Kesan kebocoran paip di dinding boleh berlaku berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, termasuk
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan
Cara Hilangkan Bau Tandas Yang Tidak Menyenangkan
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di dalam tandas boleh melibatkan beberapa langkah pengurusan

Leave a reply "10 Idea Rak Kasut Paling Gorgeous!"