Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa

Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa

Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa adalah lebih baik sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah untuk mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan. Nabi Muhammad SAW gemar membuat pekerjaannya di waktu pagi, sementara hari-hari lain diisi dengan puasa pada hari Isnin dan Khamis.  Ini menunjukkan hari-hari tersebut berkelebihan daripada hari-hari lain. Oleh itu, apa salahnya jika kita cenderung melakukan perkara yang baik pada hari-hari pilihan Nabi SAW.  Salah satunya seperti, berpindah ke rumah baru pada hari-hari pilihan.

Berikut adalah amalan semasa berpindah rumah baru, sama ada rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap berserta cara memagar dalam dan kawasan rumah.

Amalan Semasa Pindah ke Rumah Baru

  1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), tempat itu akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

  1. Membaca Surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

  1. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Qur’an

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Qur’an.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

  1. Baca Surah Yaasin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yaasin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

  1. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

Cara ‘Memagar’ Rumah (Bahagian Dalam)

  • Biasanya dilakukan pada waktu malam.
  • Mulakan dengan azan/iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.
  • Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tidak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.
  • Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. Biasanya dimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.
  • Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.
  • Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol spray. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah diisi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.
  • Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Qur’an ataupun doa berterusan. Biasanya orang suka baca Ayat Kursi. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.
  • Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. Spray/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.
  • Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.

Cara ‘Memagar’ Kawasan Rumah

Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.

  • Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursi).
  • Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).
  • Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.
  • Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.

Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?

Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:

  • Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.
  • Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.
  • Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tidak berjaya tembus.
  • Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. Biasanya jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah family member (sudah jadi ahli keluarga tersebut). Family member boleh keluar masuk sesuka hatinya.

Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?

  • Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.
  • Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.

Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?

  • Tuan rumah.
  • Sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.

Tandas dan bilik air tidak dipagar. Tidakkah berbahaya?

  • Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.
  • Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa : “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”
  • Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir dalam hati semasa berada di dalam bilik air/ tandas.

Cara-Cara Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis

Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah selesai dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah lalu baca doa berikut :

  • Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
  • Selawat ke atas Nabi (2 kali)
  • Ayat kursi (1 kali)
  • Baca ayat 9 dari Surah Yaasin (1 kali) :

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

 

Rujukan :

http://ikhtiarmuslim.blogspot.my (2011)

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #amalan semasa pindah ke rumah baru #amalan semasa pindah ke rumah kosong #ayat pendinding rumah #bacaan doa pagar rumah #cara memagar bahagian dalam rumah #cara memagar bangunan #cara memagar diri dari gangguan jin #cara memagar kawasan rumah #cara memagar premis #cara memagar rumah #Cara Pagar Rumah Daripada Gangguan Jin Dan Makhluk Halus #cara pagar rumah guna garam #cara untuk elak premis dimasuki jin dan iblis #cara untuk elak rumah atau premis dimasuki pencuri #cara untuk mengukuhkan ‘pagar’ rumah atau bangunan #doa dan zikir semasa pindah ke rumah baru #doa memagar rumah #doa mengelak rumah dimasuki pencuri #doa menghalang rumah dimasuki jin dan iblis #doa pagar rumah dari pencuri #doa pelindung rumah #Inilah Cara Untuk “PAGAR” Rumah Dengan Ayat Al-Quran #kaedah pagar rumah cara islam #pagar rumah cara islam #panduan memagar premis atau bangunan mengikut Islam #panduan memagar rumah #punca ‘pagar’ rumah atau bangunan boleh ditembusi jin atau pengamal sihir

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa"