Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Biodata Syafiq Nazri Foto

Anda penonton setia drama bersiri popular, Hikayat Cinta Si Pematah Hati di Astro Ria? Pasti anda mengenali salah seorang pelakonnya iaitu Syafiq Nazri yang memegang watak sebagai Uwais.

Memulakan langkah sebagai model sambilan, aktor kacak ini diberi kepercayaan untuk mengendalikan program MBuzz bersama-sama Ain Edruce sejak November 2016.

Sejak itu, namanya semakin mewangi di persada seni hiburan tanah air serta menjadi rebutan pengarah dan penerbit stesen televisyen tempatan.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang 5 trivia menarik mengenai Syafiq Nazri ini.

1. Mempunyai darah campuran

Selain memiliki penampilan menarik dengan fizikal yang tinggi lampai, figura ini memiliki wajah kacukan Melayu-Cina.

2. Turut mementingkan pelajaran

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

3. Sudah berkahwin

Menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati iaitu Nadia Azlan Shah yang merupakan model sambilan pada 19 Mac 2017. Difahamkan, pasangan ini bercinta selama lapan bulan sebelum mendirikan rumah tangga.

4. Berlakon dalam video klip muzik artis terkemuka tanah air

Pernah membintangi video klip muzik penyanyi hebat Malaysia, Anuar Zain iaitu Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir.

5. Pernah menimba pengalaman bekerja di bahagian jualan

Sebelum bergelar anak seni, Syafiq pernah bekerja sebagai Eksekutif Jualan di Media Prima Berhad (MPB).

Biodata Ringkas Syafiq Nazri

Nama Penuh: Syafiq Mohd Nazri
Nama Komersil: Syafiq Nazri
Tarikh Lahir: 1989
Umur: 28 Tahun (2017)
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Nadia Azlan Shah
Kerjaya: Pengacara, Pelakon dan Model Sambilan
Kelab Peminat: Syafiq Nazri Backers

Host TV: MBuzz dan Destinasia

Drama/Telefilem: Cinta Rollercoaster, Dawai Asmara, Sayang Papa Saya Tak, Fatihah Untuk Mama dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati.

Laman Sosial Syafiq Nazri

badan-sado-syafiq-nazri-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati biodata-syafiq-nazri-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati gambar-keluarga-syafiq-nazri-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati gambar-selfie-syafiq-nazri-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati Syafiq-Nazri-dan-isteri-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati syafiq-nazri-sado-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati

azlan-150x150 Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Syafiq Nazri #drama Syafiq Nazri #foto Syafiq Nazri #gambar Syafiq Nazri #Images for Syafiq Nazri #nadia azlan shah #pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati #syafiq m nazri biodata #syafiq m nazri instagram #syafiq mbuzz biodata #Syafiq Nazri #syafiq nazri biodata #syafiq nazri instagram #syafiq nazri kahwin #Syafiq Nazri MBuzz #Syafiq Nazri pilih model sambilan #Trivia Syafiq Nazri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Syafiq Nazri, Aktor Kacak Hikayat Cinta Si Pematah Hati"