5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrus

Anis Al Idrus Artis Malaysia Feat

Sekalung tahniah diucap buat aktres cantik, Anis Al-Idrus yang bakal menamatkan zaman solonya dengan pemuda pilihan hati bernama Aiman Rafzan pada 7 Julai 2017.

Merpati dua sejoli ini akan diijalkabulkan di sebuah majlis yang sederhana di De’Laman Event Space, Shah Alam yang hanya dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat.

Berkenalan sejak Januari lalu, pasangan serasi ini mengikat tali pertunangan pada 23 Mac 2017.

Untuk info, Aiman atau nama lengkapnya Mohd Rafzan Nuhikmal Abdul Halim merupakan seorang duda serta mempunyai seorang cahaya mata dan berkerja sebagai pereka dalaman.

Jom baca 5 trivia menarik mengenai anak kelahiran Kelantan ini.

1. Bergelar model sejak belasan tahun

Sebelum terjun ke dunia lakonan dan pengacaraan, Anis memulakan kariernya sebagai model (peragawati) sejak berusia 15 tahun lagi serta banyak memperagakan pelbagai produk jenama terkenal tanah air dan antarabangsa.

2. Melebarkan sayapnya sebagai usahawanita

Mempunyai jenama tudung sendiri yang dikenali sebagai Nish by Anis Al-Idrus dan memiliki butik pakaian wanita iaitu Anis Al Idrus Wardrobe yang terletak di Alam Avenue, Shah Alam. Si cantik ini juga bakal melancarkan produk kecantikan di bawah syarikat miliknya, Anisse Beauty iaitu Annisse Pearl Skin tidak lama lagi.

3. Merupakan bekas wartawan penyiaran

Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di Bernama TV (kini dikenali sebagai Bernama News Chanel, BNC) selama tiga tahun bermula 2008 hingga 2010.

4. Independent Woman

Diajar oleh kedua ibu bapanya supaya berdikari dan mencari duit poket sejak belasan tahun lagi. Lebih-lebih lagi, figura cun ini tinggal bersendirian di Malaysia kerana ibu bapanya menetap di Medan, Indonesia atas urusan kerja. Sebulan sekali, Anis ke Medan dan tinggal selama tigga hingga empat hari di sana.

5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan selebriti popular tempatan

Jika anda pengikut berita hiburan tempatan, pastinya mengetahui kisah cinta Anis bersama dengan pelakon popular tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad dan Raja Afiq yang pernah sensasi satu masa dahulu.

Biodata Ringkas Anis Al-Idrus

Nama Penuh: Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus
Nama Komersil: Anis Al-Idrus
Tarikh Lahir: 21 Julai 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Anak tunggal
Status: Bujang
Kerjaya: Pengacara, Pelakon, Penyanyi, Model Muslimah dan Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Anis Al-Idrus FC

Lagu: Mengapa
Drama/Telefilem: Duda Terlajak Laris, Surat Buah Bakal Pengantin, Walid Walid, Maryam Ellyna, Cuak, Uda & Dara, Fan Bila Esok, Apabila Kau Tersenyum, Churam dan banyak lagi.
TV Host: Serambi Pencetus Ummah, Aura Bintang, Kafe.Com dan Suffiyah

Laman Sosial Anis Al-Idrus

Twitter: www.twitter.com/anisalidrus
Instagram: www.instagram.com/anisalidrus
Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Anis_Al-Idrus

Gambar MenarikĀ Anis Al-Idrus

Anis-Al-Idrus-bersama-suami-Aiman-Rafzan-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-IdrusAnis-Al-Idrus-artis-malaysia-feat-1-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-IdrusAnis-Al-Idrus-berasal-dari-kelantan-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-IdrusAnis-Al-Idrus-berhijab-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-IdrusAnis-Al-Idrus-melancong-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusartis-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusfoto-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusgambar-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusgambar-selfie-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusgaya-Anis-Al-Idrus-bertudung-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idruspelakon-cantik-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idruspelakon-pengacara-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrusterkini-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idruswajah-cantik-Anis-Al-Idrus-300x300 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrus

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrus

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anis al idrus berlakon cerita apa #anis al idrus drama #anis al idrus instagram #anis al idrus mohd rafzan #anis al idrus pakai sneakers #anis al idrus profile #anis al idrus raja afiq #anis al idrus wedding #Anis Al-Idrus #asal Anis Al-Idrus #Biodata Anis Al-Idrus #foto Anis Al-Idrus #gambar Anis Al-Idrus #lagu Anis Al-Idrus #laman sosial Anis Al-Idrus #menarik Anis Al-Idrus #nama sebenar Anis Al-Idrus #perkahwinan anis al-idrus #suami anis al-idrus #Trivia Menarik Anis Al-Idrus

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "5 Trivia Menarik Perlu Anda Tahu Tentang Anis Al-Idrus"