Tips Menjimatkan Bateri Telefon Pintar @ Smartphone

Tips Menjimatkan Bateri Telefon Pintar @ Smartphone

Setiap smartphone yang ada di pasaran sekarang mempunyai berbagai spesifikasi yang canggih untuk memenuhi keperluan pengguna. Ada yang mempunyai kapasiti storan yang tinggi, ada yang boleh memproses dengan laju, ada yang mempunyai kamera yang mampu menangkap gambar dengan sangat tajam, ada yang boleh memainkan permainan beresolusi tinggi dan berbagai lagi.

Ditambah lagi dengan keupayaan untuk sentiasa berhubung menggunakan medium online-social, menyebabkan smartphone menjadi pilihan generasi sekarang. Tetapi setiap smartphone ini mempunyai satu masalah yang sama iaitu bateri.

Bagi mereka yang menggunakan smartphone, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin terkini sesebuah telefon pintar tersebut, semakin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan.

Ini kerana saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah tips-tips yang mampu membantu anda menjimatkan kuasa bateri telefon pintar.

  1. Kurangkan Kecerahan Paparan Skrin (Screen Brightness)

Tips ini sangat penting. Kurangkan tahap kecerahan skrin smartphone boleh mengurangkan banyak penggunaan bateri. Sekiranya telefon anda menggunakan kecerahan 100% dan setiap minit dibuka ia pasti akan cepat habis bateri. Dengan menggunakan auto-brightness, ia membenarkan smartphone itu berubah tahap kecerahan mengikut keperluan semasa ataupun tetapkan kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah.

  1. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)

LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu anda menjimatkan penggunaan bateri.

OLED : Semakin cerah warna yang anda gunakan pada skrin, semakin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap.

  1. Kurangkan Jangka Masa Screen Timeout

Screen timeout merujuk kepada jangka masa untuk skrin padam semasa ia tidak digunakan. Anda boleh mengubahnya di bahagian setting. Bila anda tidak melakukan apa-apa pada peranti, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidaklah terlalu lama. Sekiranya anda ingin jimatkan bateri smartphone anda haruslah mengurangkan jangka masa screen timeout.

  1. Sambungan (Connectivity)

Jikalau anda tidak menggunakan Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi dan GPS, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada di kawasan berdekatan atau berhubung dengan satelit bagi menetapkan lokasi anda. Begitu juga jika telefon ada mempunyai sokongan 4G, jika anda di luar kawasan atau di kawasan liputan 4G yang lemah, sila tukar ke mod sambungan yang lebih stabil.

  1. Tutup Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Sesetengah aplikasi tidak ditutup sepenuhnya, sebaliknya ia akan berada dalam background. Fungsi multitasking sangat biasa dalam dunia smartphone, tetapi pada masa yang sama merupakan salah satu faktor kepada cepatnya habis bateri. Lagi sakit kalau anda buka aplikasi tersebut tetapi tidak menggunakannya. Satu pembaziran besar. Jika anda mahu menjimatkan bateri, anda perlu matikan aplikasi yang anda tidak perlu gunakan. Anda boleh gunakan aplikasi seperti Advanced Task Killer (Android) untuk memudahkan tujuan tersebut.

  1. Kurangkan Kekerapan Aplikasi Untuk Mengemaskini

Sudah pasti di dalam telefon pintar anda terdapat aplikasi email atau sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan anda menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon anda melakukan kemaskini pada aplikasi seperti Instagram, Facebook dan Twitter, pasti bateri tidak mampu untuk bertahan lebih lama.

  1. Kurangkan Notifikasi

Aplikasi yang memberikan notifikasi dengan kadar serta merta seperti Whatsapp, email, Facebook dan sebagainya boleh memakan banyak bateri. Bukan setakat membazir bateri, bahkan kadang-kadang mengganggu kita. Untuk mengubahya, anda boleh ke bahagian setting dan matikan notifikasi yang tidak gunakan untuk menjimatkan penggunaan bateri.

  1. Kemaskini

Semestinya telefon pintar anda perlu menerima kemaskini terbaru atau aplikasi yang mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa anda tidak menggunakan peranti atau menggunakan sambungan internet yang pantas. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu. Malah proses kemaskini firmware juga disarankan dilakukan semasa bateri dalam peratusan 60% ke atas.

  1. Power Saving Mode

Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.

  1. Matikan Getaran

Getaran atau juga dikenali sebagai vibration sangat berguna untuk mengangkat panggilan atau mesej. Kebiasaannya, getaran memakan lebih banyak bateri berbanding dengan ringtone. Bunyi yang dihasilkan oleh ringtone hanya perlukan getaran sedikit dari speaker smartphone anda. Berbanding dengan membuat getaran penuh untuk satu telefon, ia perlukan banyak tenaga dan memakan bateri.

  1. Cas Bateri Dengan Betul

Berkenaan dengan cas, terdapat dua jenis bateri cas semula yang biasa digunakan di dalam smartphone iaitu Lithium-ion (Li-Ion) dan Nickel seperti Nickel-Metal Hydride (NiMH) dan Nickel-Cadmium (NiCd). Kapasiti setiap bateri akan berkurangan setiap kali mengecasnya. Biasanya, bateri jenis NiCd boleh tahan lebih lama berbanding dengan NiMH. Bateri Li-Ion pula merupakan bateri yang terbaik jika dibandingkan ketiga-tiga jenis itu tadi. Tetapi ia perlu dicas dengan kerap untuk mengekalkan tahap kapasitinya.

  1. Matikan Smartphone

Sekiranya anda merancang untuk tidak menggunakan smartphone dalam jangka masa yang agak panjang, apa kata anda matikan smartphone tersebut. Perkara ini boleh mengurangkan penggunaan bateri. Selain itu, anda juga boleh ubah ke airplane mode jika anda tidak menggunakan smartphone.

  1. Jaga Suhu Smartphone

Mungkin ada antara kita yang perasan bahawa bateri lebih cepat habis semasa telefon dalam keadaan panas. Senang cerita, jangan biarkan smartphone anda berjemur di bawah cahaya matahari atau mana-mana tempat yang panas. Bateri akan berfungsi dengan baik dalam kondisi yang sejuk. Cuba elakkan daripada menyebabkan smartphone itu panas.

  1. Common Sense

Secara umumnya anda tahu berapa lama bateri smartphone anda boleh bertahan untuk setiap hari. Sebagai contoh, anda keluar dari rumah di waktu pagi dan pulang apabila hari sudah malam dan mendapati bateri masih berbaki 10%. Adakah logik bateri anda akan tahan lebih lama jika pada waktu lunch, anda menggunakan smartphone untuk menonton video di Youtube? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa bekerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Sudah pastinya jawapannya ialah tidak. Jadi anda sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri smartphone anda. 13 tips di atas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada diri anda sendiri. Bagaimana cara anda menggunakan smartphone setiap hari.

Kesimpulan

Menjimatkan bateri smartphone bukanlah perkara yang sukar. Tetapi, anda perlu melakukan sedikit pengorbanan untuk mengurangkan sedikit beberapa aplikasi. Sudah pasti tips ini akan berguna mengikut situasi yang anda berada. Sekiranya anda berada di rumah, bateri habis tidaklah menjadi masalah besar, tetapi bagi orang yang berada di lapangan terbang, sangat penting untuk menjimatkan bateri. Selain tips di atas, anda juga boleh menggunakan power bank supaya boleh cas smartphone anda bila-bila masa sahaja.

Loading...

Tags: #aplikasi jimat bateri android #bateri hp cepat habis #bateri telefon paling tahan lama #cara jimatkan bateri smartphone #cara mengatasi hp cepat panas dan batre cepat habis #cara panjangkan hayat bateri smartphone #cara penggunaan smartphone untuk menjimatkan bateri #hp kuat makan bateri #jimatkan bateri telefon #kenapa bateri hp cepat habis #panjangkan hayat bateri hp #telefon cepat panas #Tips jimatkan bateri smartphone #tips jimatkan bateri telefon pintar #tips panjangkan masa penggunaan bateri telefon pintar

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.