Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29

Raja Perihatin

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.

Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A’Ishah Putri. Sultan Muhammad ke-V dilantik oleh ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri Kelantan yang turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura.

Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Gambar rujukan Salasilah keluarga Sultan Muhammad Ke-V

info-sultan-sultan-kelantan Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29 salasilah-kesultanan-kelantan-e1503078423494 Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29talian-kesultanan-kelantan-e1503078451539 Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29SULTAN-SULTAN-negeri-KELANTAN Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29adik-beradik-sultan-kelantan Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29

Loading...

Tags: #adik-beradik sultan muhammad ke-v #gambar keluarga Sultan Muhammad ke-V #Gambar rujukan Kesultanan Kelantan #pemerintahan sultan kelantan #Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V #sejarah kesultanan melayu kelantan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29"