Kenali Mas Khan, Pelakon Kacak Kelahiran Melaka

Mas Khan, Pelakon Kacak Kelahiran Melaka

Sejak dikenali menerusi drama bersiri popular berjudul Suri Hati Mr Pilot yang disiarkankan di Astro Ria setahun lalu, jejaka bernama Mas Khan ini semakin dikenali dan menjadi sebutan ramai peminat.

Meskipun masih hijau di arena seni, anak jati Melaka ini mampu memberi saingan kepada pelakon-pelakon sedia ada dalam industri seni hiburan tanah air.

Pintu rezekinya sebagai anak wayang semakin melimpah ruah bukan hanya di kaca televisyen bahkan di layar perak.

Selepas membintang filem paling laris pada tahun ini iaitu Abang Long Fadil 2, pemilik nama lengkap Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan ini bakal tampil dengan filem Busker yang akan ditayangkan di pawangan pada Januari 2018.

Terdahulu, wajahnya turut menghiasi drama kepolisan tersohor tempatan iaitu Gerak Khas sebagai Inspektor Kamal yang disiarkan di saluran TV2.

Jangan buang masa, jom intai-intai ringkasan biodata dan trivia menarik aktor berbadan sado ini.

Biodata Ringkas Mas Khan

Nam Penuh: Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan
Nama Pentas: Mas Khan
Umur: 23 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 13 April 1994
Zodiak: Aries
Asal: Melaka
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Karier: Pelakon, Pengacara, Penyanyi & Model
Status: Bujang
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Gerak Khas, Suri Hati Mr Pilot, Keluarga Kamil, Liga Masjid, Reban Ayam, Rumi Jawi, Tipah Semperit, Inspirasi Ramadan, Dia Anak Jeneral, Roda Roda Kuala Lumpur, Antara Dua Dunia, Eksperimen Cinta, Mr Delicious, Udin Glamor Balik Kampung, Tasbih Rindu dan banyak lagi

Filem: Abang Long Fadil 2, Busker & Biasan

Laman Media Sosial Mas Khan

Trivia Menarik Tentang Mas Khan

  • Memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Pakistan.
  • Figura kacak ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktres popular, Lana Nordin.
  • Bernaung dibawah label Skop Production milik Dato’ Yusof Haslam.
  • Salah seorang artis Malaysia yang suka bergaya dan berfesyen.
  • Sedang hangat bercinta dengan wanita bernama Fazreen Fazera.
  • Pernah menganggotai satu kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai Carla Band.
  • Diberi peluang untuk menyanyikan lagu runut bunyi (OST) filem Biasan bertajuk Tidakku Sangka.
  • Turut mempunyai kelab peminat tersendiri iaitu MKLoversss.
  • Memiliki seramai 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Mas Khan, Pelakon Kacak Kelahiran Melaka

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mas Khan #fazreen fazera #Kenali Mas Khan #Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan #Mas Khan #mas khan biodata #Mas Khan Pelakon Gerak Khas #Mas Khan Pelakon Suri Hati Mr Pilot #Mas Khan Profile #mas khan wikipedia #Profil Mas Khan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.