Amalan-Amalan Yang Menyebabkan Hilangnya Keberkatan Dalam Menjalani Kehidupan!

Amalan Hilang Berkat

Berkat adalah sesuatu yang tumbuh dan makin bertambah kebaikannya, sedangkan tabarruk adalah doa seorang manusia atau selainnya untuk memohon keberkatan. Allah S.W.T menjadikan berkat ini hanya diberikan kepada hamba-hambaNya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Firman Allah SWT dalam surat Al-A’raaf ayat 96 :

*وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون.َ*
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya”

15 amalan menyebabkan hilangnya keberkatan manusia dalam menjalani kehidupan di antaranya adalah :

  • Tidak Adanya Iman dan Taqwa Serta Tidak Ada Perasaan Takut Kepada Allah S.W.T.
    Jika anda tidak bertaqwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada kebaikan dan berkah di dalam kehidupan anda, anda tidaklah dinamakan sebagai orang yang benar-benar beriman.
  • Memutus Hubungan Silaturahmi Dan Hubungan Kekerabatan.
    Allah S.W.T tidak akan memberkati harta, tempat tinggal, umur dan Anak-anak kita jika kita tidak menjalin hubungan silaturahmi dengan kaum kerabat dan saudara mara kita.

  • Tidak Ikhlas Dalam Beramal Ibadah.
    Allah SWT tidak memberikan berkahNya kepada kita apabila kita tidak menyiramkan air keikhlasan terhadap amal perbuatan kita.
  • Tidak Mengingati Allah S.W.T dalam setiap perbuatan dan tidak Melakukan Ibadah kepadaNya.
    Setiap perbuatan yang tidak diawali dengan Bismillah, maka perbuatan itu terputus untuk memperoleh kebaikan dan keberkatan, bahkan perbuatan tersebut akan disertai oleh syaitan. Segala sesuatu yang berhubungan dan disertai syaitan, maka berkatnya akan hilang.
  • Makan Minum Yang haram Dan Yang Dihasilkan Dari Sumber Yang Haram.
    Allah S.W.T tidak akan memberkati harta yang kita miliki yang didapati dari jalan yang haram, kerana itulah yang akan menyebabkan kita menerima azab dan seksa Allah S.W.T
  • Tidak Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Mensia-Siakan Hak Anak-anak.
    Tidak ada kebaikan dan keberkahan dalam kehidupanmu jika kita tidak berbakti kepada kedua orang tua agar kita menjadi manusia yang soleh.
  • Bersikap Bakhil Dan Tidak Berinfak.
    Allah S.W.T tidak akan memberkati harta yang hanya disimpan oleh pemiliknya dan enggan untuk menginfakkannya, kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan bakhil yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T.
  • Tidak Bertawakal Kepada Allah S.W.T Dengan Sebenar-benarnya Tawakal.
    Tidak ada kebaikan dan keberkahan dalam setiap hidup, jika seseorang dalam setiap aktivitinya hanya bersandar pada usahanya saja tanpa menyandarkan dirinya pada Allah S.W.T.
  • Tidak Redha Terhadap Apa Yang Diberikan Allah S.W.T Dan Tidak Pernah Merasa Puas.
    Tidak akan ada kebaikan dan keberkahan dalam kehidupan kita jika kita tidak redha terhadap apa-apa yang diberikan Allah SWT kepadamu, dan tidak merasa puas dengan apa yang ada padamu. Ketika itu engkau dalam keadaan terhina di sisi Allah S.W.T

  • Melakukan Perbuatan Maksiat Dan Dosa, Serta Tidak Bertaubat Dan Beristighfar.
    Tidak akan ada kebaikan dan keberkahan pada harta ahli maksiat dan tidak akan ada keberkahan dan pertumbuhan pada harta seorang pendosa. Kerana Allah S.W.T telah menjanjikan kepada ahli maksiat dan pendosa akan kehidupan yang sempit dan sulit.
  • Tidak Mendidik Anak Dengan Ajaran Agama Islam Dengan Sempurna
    Anak kita adalah tumpuan hati kita, pengharum jantung kita, pewangi aroma dunia dan buah kehidupan kita. Siapa saja yang berlaku buruk terhadap anak maka ia telah rugi dan telah melakukan perkara yang tidak patut dilakukan. Anak kita adalah madu kehidupan kita.
  • Berbuat Kerosakan Di Atas Muka Bumi.
    Tidak akan ada kebaikan ataupun keberkatan dalam kehidupan orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Kerana mereka berhak mendapatkan laknat dari Allah S.W.T
  • Tidak bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmatNya.
    Jika kita tidak mensyukuri nikmat Allah yang telah diberikanNya, maka tidak akan ada kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan dalam seluruh kehidupan. Maka jadilah kita termasuk orang-orang yang kufur terhadap nikmat Allah S.W.T.
  • Pertengkaran Dan Perselisihan Antara Suami isteri.
    Tidak ada kebaikan dan keberkatan, juga tidak ada kebahagiaan dalam kehidupan seluruhnya jika terdapat pertengkaran dan perselisihan, apapun penyebabnya. Terlebih jika semua itu terjadi di antara pasangan hidup, lelaki dan perempuan yang diikat oleh perjanjian yang kuat lagi kukuh.
  • Mendoakan Kecelakaan Bagi Diri Sendiri, Anak-anak dan Harta benda.
    Tidak ada kebaikan dan keberkatan pada diri kita, anak kita atau harta benda kita, jika kita mendoakannya dengan kecelakaan, kerana terkadang Allah S.W.T mengabulkan doa kita pada saat itu, maka terjadilah musibah dan kita menyesal ketika penyesalan tak berguna lagi.
logo-150x150 Amalan-Amalan Yang Menyebabkan Hilangnya Keberkatan Dalam Menjalani Kehidupan!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Amalan-Amalan Yang Menyebabkan Hilangnya Keberkatan Dalam Menjalani Kehidupan!

Loading...

Tags: #15 amalan hilangnya berkat dalam hidup #15 penyebab hilang keberkatan hidup #15 perkara menyebabkan hilangnya keberkatan manusia dalam menjalani kehidupan #amalan menyebabkan hilangnya berkat #Amalan-Amalan Yang Menyebabkan Hilangnya Keberkatan Dalam Menjalani Kehidupan!

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Amalan-Amalan Yang Menyebabkan Hilangnya Keberkatan Dalam Menjalani Kehidupan!"