5 Trivia Menarik Halimah Yacob, Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura

Biodata Menarik Halimah Yacob Pm Singapura

Siapa kata wanita tidak boleh menjadi pemimpin dunia. Buktinya, Halimah Yacob diangkat sebagai Presiden ke-8 Singapura pada 13 September lalu selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2017.

Menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat perkhidmatan sejak 31 Ogos lalu, presiden wanita pertama Singapura ini akan menjalankan khidmatnya mentadbir Kota Singa selama enam tahun.

Terdahulu, wanita berusia 63 tahun ini menjawat jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura dan merupakan Ahli Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRS) Marsiling- Yew Tee.

Berikut, penulis kongsikan tentang trivia menarik dan ringkasan biodata Halimah Yacob buat tatapan pembaca.

1. Pernah digelar ‘Ratu Ponteng Sekolah’

Halimah pernah mendapat gelaran sebagai Ratu Ponteng Sekolah kerana sering ponteng sehingga hampir di buang sekolah ketika menuntut di sekolah menengah. Malah, wanita ini mengakui kesilapannya itu kerana ingin membantu ibunya menjual nasi padang untuk menyara keluarganya dimana beliau membersihkan pingan, mengemaskan meja dan melayan para pelanggan.

2. Graduan Undang-Undang

Selepas tamat persekolahan, Halimah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam jurusan undang-undang di National University of Singapore. Meskipun mendapat tajaan biasiswa dari Dewan Agama Islam Singapura, anak bongsu daripada lima adik-beradik ini bekerja secara sambilan sebagai pegawai perpustakaan.

3. Membela Hak Buruh

Setelah tamat pengajian di universiti pada 1978, Halimah bekerja di National Trades Union Congress (NTUC) atau lebih dikenali sebagai organisasi perburuhan Singapura. Beliau memulakan kerjayanya di bahagian undang-undang NTUC yang memperjuangkan hak-hak pekerja. Disinilah menjadi tempat Halimah merangkak dari bawah sehingga terpilih menjawat jawatan sebagai Deputy Secretary General iaitu posisi kedua terpenting di NTUC. Sebelum terjun ke bidang politik, Halimah menghabiskan masanya selama 30 tahun di NTUC.

4. Aktif Di Pentas Politik

Ibu kepada lima cahaya mata ini mula terjun ke dunia politik mulai 2001 selepas dipujuk oleh Perdana Menteri, Goh Chok Tong. Beliau dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan Jurong dan mengukir sejarah tersendiri sebagai wanita pertama menjadi anggota parlimen dari kaum Melayu di Singapura.

Wanita ini juga pernah dilantik sebagai anggota kabinet dengan jawatan sebagai menteri muda di pelbagai kementerian. Pada 14 Januari 2013, Halimah dipilih sebagai Speaker Dewan sekaligus menjadi wanita pertama yang dipercayai menduduki posisi tersebut.

5. Jalani Hidup Sederhana

Walaupun telah memegang status presiden, Halimah tetap menjalani kehidupannya secara sederhana. Beliau masih kekal tinggal di rumah flat di kawasan Yishun (utara Singapura) yang telah didudukinya selama 30 tahun.

Biodata Ringkas Halimah Yacob

Nama Penuh: Halimah Yacob
Tarikh Lahir: 23 Ogos 1954
Umur: 63 Tahun (2017)
Asal: Queen Street, Singapura
Adik Beradik: Anak bongsu dari lima beradik
Kerjaya: Presiden Singapura & Ahli Parlimen
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura

Laman Sosial Media Halimah Yacob

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Halimah Yacob, Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ringkas Halimah Yacob #Halimah Yacob #Halimah Yacob Presiden Singapura #Kenali Halimah Yacob #Laman Sosial Media Halimah Yacob #menarik berkenaan halimah yacob #pm singapore 2017 #pm singapura baru #Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura #Trivia Halimah Yacob

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.