4 Tips Mudah Menjaga Pakaian Jeans Anda Supaya Tahan Lama & Tetap Bergaya!

4 Tips Mudah Menjaga Pakaian Jeans Anda Supaya Tahan Lama & Tetap Bergaya!

Tahukah anda, fesyen berorientasikan denim atau jeans tetap menjadi pilihan orang ramai dan sentiasa relevan meskipun mengalami peredaran zaman.

Bermula daripada seluar dan baju, fabrik jenis jeans dikomersilkan menjadi beg tangan, dompet, kasut dan lain-lain lagi mengikut citarasa masyarakat kini.

Sama ada lelaki atau wanita, mereka sekurang-kurang memiliki lebih daripada satu pakaian berasaskan jeans sebagai koleksi peribadi untuk dipakai hari-hari.

Paling menarik, pakaian jeans ini boleh digunakan ketika anda sedang liburan mahupun acara semi format. Malah, pakaian jenis ini turut kelihatan unik serta bergaya apabila kelihatan lusuh, pudar dan koyak.

Namun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui cara betul untuk menjaga pakaian jeans masing-masing.

Dipetik dari portal Esquire Indonesia, penulis senaraikan 4 tips mudah merawat pakaian jeans supaya tahan lama dan kekal bergaya. Let’s find out!

1. Basuh Dengan Air Sejuk

Ketika mencuci pakaian berasaskan jeans, anda disarankan untuk membasuhkan dengan menggunakan air sejuk (dingin). Penggunaan air sejuk dapat mengelakkan pakaian anda berubah warna pudar dan mengalami proses pengecutan. Di samping itu, gabungan air sejuk bersama-sama pencuci lembut dapat mengurangkan kotoran dengan lebih baik berbanding direndam ke dalam air panas (suam).

2. Jangan Berus Jeans Anda

Bagi mengekalkan jeans, anda disyorkan merendamkannya ke dalam air rendaman dengan detergen daripada mencucikannya dengan menggunakan berus. Setelah direndam selama 30 minit, gosok secara ringan menggunakan tangan di bahagian kotor sebelum dibilas air bersih. Apabila membasuh, sila pastikan anda mengosongkan poket pakaian daripada sebarangan barangan atau membuka gulungan jika ada lipatan di bahagian lengan dan kaki.

3. Jangan Terlalu Kerap Cuci Jeans Anda

Ini satu peringatan buat anda semua. Seringkali mencucinya akan menjejaskan struktur dan warna jeans anda. Terdapat beberapa orang mencucikan jeans mereka selepas memakainya dalam tempoh masa sebulan. Walaubagaimanapun, menurut label penjagaan Levi’s, pakaian berasaskan jeans hendaklah dibasuh selepas 10 kali penggunaan. Jika terdapat kotoran yang kecil, bersihkan dengan menggunakan kain lembap atau berus gigi bersabun lembut. Langkah ini bukan sahaja ringkas dan mudah malahan membuatkan jeans milik anda tetap bersih dan terjaga.

4. Jemur Jeans Anda Secara Terbalik

Apabila menjemur, pastikan anda memterbalikan bahagian dalam kemeja atau seluar jeans anda ke luar di tempat yang tidak terdedah cahaya matahari supaya tidak menjejaskan warna serta poketnya benar-benar kering.

azlan-150x150 4 Tips Mudah Menjaga Pakaian Jeans Anda Supaya Tahan Lama & Tetap Bergaya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara basuh seluar jeans #Cara Menjaga Dan Mencuci Seluar Jeans #Cara Mudah Bersihkan Pakaian Berasaskan Jeans #Cara penjagaan seluar jeans #Masalah Jeans Turun Warna #petua jaga seluar jeans mahal #Petua Mudah Rawat Pakaian Jeans #seluar jeans koyak #seluar jeans lelaki #seluar jeans lelaki terkini #seluar jeans perempuan terkini #seluar jeans skinny lelaki #seluar jeans skinny perempuan #seluar jeans slim fit lelaki #Tip Mudah Rawat Pakaian Jenis Jeans Supaya Tahan Lama #Tips Mudah Menjaga Pakaian Berasaskan Jeans #Tips Penjagaan Seluar Jeans

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.