Tips Atasi Masalah Melecet Pada Kulit

Tips Atasi Masalah Melecet Pada Kulit

Melecet atau blister adalah kecederaan yang sering berlaku dalam sukan ataupun dalam kegiatan harian. Geseran dari kasut yang masih keras dan baru boleh menjadi punca berlakunya kulit melecet. Kebanyakan atlet pernah mengalaminya sama ada ketika sesi latihan, pertandingan mahu pun kehidupan seharian.

Punca Kulit Melecet

Melecet terjadi disebabkan oleh geseran pada kulit. Pembentukan gelembung kecil yang berisi cecair di permukaan kulit akan terhasil akibat kekerapan geseran yang berlaku di antara pemakaian sukan seperti stokin atau kasut dengan lapisan epidemis kulit. Sekiranya geseran terus berlaku, ianya mengakibatkan gelembung itu pecah dan menghasilkan luka.

Tanda-tanda awal melecet boleh dikenalpasti apabila kawasan panas atau hot spot terbentuk pada kawasan tekanan geseran. Antara faktor utama penyebab berlakunya melecet adalah kerana pemakaian kelengkapan bersukan seperti stokin dan kasut yang tidak sesuai, terlalu ketat, kasut longgar (menyebabkan geseran).

Mengatasi Masalah Kulit Melecet

Menurut kajian Clinical Journal of Sport Medicine, pita surgikal (surgical tape) yang terdapat di dalam peti ubat kecemasan adalah solusi yang paling mudah, murah dan berkesan untuk mecegah kulit melecet. (jomkitalari.com)

Selain daripada itu, di bawah adalah beberapa tips untuk mengatasi maslah kulit melecet.

  1. Pastikan kasut padan dengan kaki anda. Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Walaupun tidak ada kasut yang boleh menjamin kaki anda tidak melecet, saiz kasut yang sesuai dan ikatan tali kasut yang stabil adalah penting untuk mengekalkan kaki dalam kedudukannya. Jika kasut terlalu kecil, kaki akan melecet di bahagian jari kaki. Jika ia teralu besar pula, ia akan bergeser dengan tumit.
  2. Pastikan kasut sentiasa kering sebelum dipakai. Kasut atau stokin yang basah adalah penyebab berlakunya geseran dan seterusnya menyebabkan kulit melecet.
  3. Pakai stokin dari jenis drifit yang mudah menyejatkan peluh. Kulit lebih cenderung untuk melecet dalam keadaan lembap. Elakkan memakai stokin kapas yang mudah dibasahi peluh.
  4. Pakai plaster di tempat yang tertentu yang mudah untuk melecet. Contohnya tapak tangan yang mempunyai kulit lembut ketika melakukan kerja berat seperti menebas, menebang dan sebagainya.
  5. Gunakan heel grip. Heel grip ini boleh didapati di farmasi.
  6. Gunakan pelembap. Kukit kaki yang kering juga mudah luka dan melecet. Sapukan losyen atau krim setiap hari.
  7. Sapukan bahan pelincir seperti Vaseline, Bodyglide, petroleum gel dan sebagainya untuk bahagian-bahagian badan termasuk kaki.

Pencegahan Dan Rawatan Awal Kulit Melecet

Jika anda rasa ada hot spot (area kulit terasa panas) berlaku, hentikan aktiviti seketika dan lihat kawasan berkenaan. Jika tanda awal melecet berlaku, letakkan plaster untuk mengelakkan daripada ia menggelembung.

Jika kawasan berkenaan menggelembung, saranan terbaik daripada saya ialah merendam kaki dan sesekali tidak memecahkan gelembung tersebut. Memecahkan gelembung air boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Sekiranya gelembung telah pecah, luka dikawasan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air bersih, sabun dan cecair antiseptik bagi mengelak jangkitan kuman. Anda juga boleh rendamkan kaki dalam larutan garam, kemudian keringkan dengan tuala lembut.

Carian Berkaitan: rawat melecet dengan cepat
Loading...

Tags: #blister #Cara Atasi Masalah Melecet Secara Semulajadi Dengan Mudah #cara mengubati kaki yang melecet #cara merawat luka melecet #luka melecet #melecet pada kaki #melecet pada kulit #mencegah kulit melecet #mengatasi kulit melecet #merawat melecet #petua kulit melecet #Petua Merawat Kaki Melecet

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Petua Elak Mata Cepat Rabun Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia

Comments are closed.