Tanda Dijangkiti Penyakit Sifilis, Gejala & Rawatannya

Gejala Penyakit Kelamin

Sifilis merupakan penyakit kelamin yang disebabkan oleh satu bakteri bernama Treponema pallidum. Sifilis adalah salah satu infeksi menular seksual (IMS)yang disebar melalui hubungan seks sama ada secara oral, anal dan vagina. Terdapat juga kes sifilis disebar dari seorang ibu kepada anak semasa kehamilan.

TANDA DAN GEJALA

Penyakit sifilis dapat muncul pada satu daripada empat fasa yang berbeza iaitu fasa primer, fasa sekunder, fasa laten dan fasa tertier.

  • Sifilis Primer (tahap pertama)

Sifilis primer atau tahap pertama muncul 2 hingga 4 minggu setelah terjadinya jangkitan, dalam bentuk luka di mana bakteria masuk ke dalam tubuh. Luka yang terjadi berbentuk seperti gigitan serangga tapi tidak menimbulkan rasa sakit.

Pada tahap ini, jika orang yang dijangkiti melakukan hubungan seksual dengan orang lain, penularannya adalah sangat mudah terjadi. Luka ini bertahan selama 1 hingga 2 bulan. Umumnya, ia akan sembuh tanpa meninggalkan bekas dan parut.

  • Sifilis Sekunder (tahap kedua)

Jika jangkitan tidak diubati, penyakit sifilis tahap kedua akan bermula pada 6 hingga 12 minggu kemudiannya. Penderita sifilis sekunder akan mengalami ruam merah berukuran syiling kecil dan biasanya ruam ini muncul pada telapak tangan dan telapak kaki.

Gejala lain yang mungkin muncul adalah demam, nafsu makan menurun, sakit kepala, kalenjar limpa membengkak, kepenatan dan muncul ruam pada bahagian kelamin. Fasa ini akan bertahan selama 1 hingga 3 bulan.

  • Sifilis Laten (tahap tersembunyi)

Setelah fasa sifilis sekunder, sifilis seakan-akan menghilang dan tidak menimbulkan gejala sama sekali. Tempoh laten ini boleh berlangsung selama bertahun-tahun tanpa adanya gejala sebelum kemudiannya lanjut ke tempoh masa yang paling berbahaya dalam jangkitan sifilis iaitu sifilis tertier.

  • Sifilis Tertier (tahap ketiga)

Jika jangkitan tidak diubati dan dirawat dengan baik, sifilis akan berkembang ke fasa akhir iaitu sifilis tertier. Pada tahap ini, jangkitan boleh memberi kesan yang serius pada tubuh.

Beberapa akibat dari jangkitan pada tahap ini adalah kerosakan pada otak dan jantung, daya ingat menurun, mengalami kelumpuhan, terjadinya masalah pada keseimbangan tubuh, masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan kematian jika tidak diatasi dan dirawat.

PUNCA DAN PENYEBAB

  • Penyebab sipilis adalah bakteria dengan nama Treponema pallidum yang berbentuk spiral dan bergerak dengan aktif.
  • Jangkitan biasanya terjadi kerana adanya sentuhan seksual. Sama ada melakukan hubungan seksual secara oral, vagina dan anal dengan penghidap sifilis.
  • Ia juga terjadi melalui kehamilan dari ibu yang menghidap sifilis ke janinnya (sifilis kongenital)
  • Boleh juga terjadi dengan perkongsian jarum suntikan.
  • Bakteria dari subspesis pallidum tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia, jadi penyakit ini tidak dapat dijangkiti melalui penggunaan tandas yang sama, tab mandi, pakaian atau peralatan makan, kolam renang dan sebagainya.

RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Penyakit sifilis adalah penyakit berjangkit yang amat berbahaya kerana dapat mengakibatkan keturunan yang cacat, bayi lahir mati dan menyebabkan kematian pada penghidap kronik.

Penyakit sifilis hendaklah dirawat dengan segera setelah terdapat tanda-tanda dan gejala pada tahap awal.

Rawatan sifilis bergantung pada fasa penyakit :

  • Fasa primer cukup mudah untuk disembuhkan dengan antibiotik, baik dengan cara disuntik atau diminum.
  • Jika berada dalam fasa sekunder dan tertier penyakit ini, akan diberikan antibiotik untuk waktu yang lama. Biasanya darah akan diperiksa setelah rawatan untuk memastikan jangkitan sudah hilang.

Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan tubuh pesakit dengan memperhatikan organ seks, mulut, dan anus. Jika terdapat tanda penyakit sekecil apa pun, akan segera diteliti untuk mengetahui jenis bakteria menggunakan dark-field microscope.

Satu ujian darah, dikenali sebagai VDRL, dilakukan untuk menentukan apakah terdapat antibodi (zat yang dihasilkan oleh sistem kekebalan tubuh untuk melawan jangkitan dari bakteria Treponema pallidum) dalam darah. Doktor juga akan memeriksa pasangan seksual pesakit.

Berikut gaya hidup dan rawatan di rumah yang dapat membantu pesakit mengatasi dan mencegah sifilis:

  • Jangan berhenti meminum ubat atau mengubah dosnya hanya kerana pesakit merasa lebih baik, kecuali atas nasihat dan arahan doktor.
  • Maklumkan kepada doktor jika sedang hamil. Penularan sifilis terhadap janin sangat berbahaya.
  • Maklumkan kepada doktor jika memiliki alahan terhadap ubat terutama terhadap penisilin.
  • Cuci tangan sekerap mungkin untuk menghindari penyebaran bakteria.
  • Lakukanlah aktiviti seksual yang selamat dengan menggunakan kondom.
  • Beri tahu pasangan seksual jika pesakit tengah menjalani rawatan sifilis supaya mereka juga mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
  • Usahakan untuk tidak melakukan hubungan seksual selama 2 minggu selepas rawatan atau hingga dinyatakan bersih dari penyakit oleh doktor.
  • Bila ada pertanyaan, berhubunglah dengan doktor untuk penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi.
  • Untuk mencegah sifilis, jangan bertukar-tukar pasangan dan elakkan melakukan hubungan sejenis.
  • Jika pasangan sudah terkena sifilis, elakkan sebarang bentuk hubungan bersifat seksual dan sentuhan langsung ke tubuh.
Rujukan :

https://en.wikipedia.org/wiki/Syphilis
http://www.alodokter.com
http://penyakitsifilis.com/
http://pusatherbal.org

Carian Berkaitan

tenaga batin siplis
Loading...

Tags: #bahaya sifilis #cara mencegah sifilis #cara mengobati penyakit sipilis #cara merawat sifilis #Ciri Ciri Awal Terkena Penyakit Sipilis #ciri ciri penyakit sipilis pada pria #Fasa Penyakit Sipilis #gambar penyakit sipilis #gejala penyakit sifilis #Mengenal Gejala Penyakit Sifilis #obat penyakit sipilis pada pria #pencegahan penyakit sifilis #pengobatan sipilis #penularan sifilis #penyakit kelamin #penyakit sifilis #penyakit sipilis pada wanita #penyebab sifilis #punca siflis #rawatan sifilis #sifilis #sifilis primer #sifilis sekunder #sifilis talen #sifilis tertier #tahap sifilis #tanda penyakit sifilis #Tanda-Tanda Penyakit Sifilis

13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi
Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian.
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai

Comments are closed.