Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

Biodata Rizky Febian Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

Nama Rizky Febian mula meledak selepas lagu nyanyiannya berjudul Kesempurnaan Cinta mencipta fenomena tersendiri di persada seni hiburan Indonesia dan Malaysia.

Bukan sahaja mengungguli carta-carta di radio dan televisyen, lagu ini turut menerima pelbagai anugerah di negara berkenaan.

Selain aktif menyanyi sejak berusia 13 tahun lagi, jejaka berbintang Picses ini juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Untuk pengetahuan para pembaca, figura berlesung pipit ini adalah anak sulung kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan penyanyi yang mesra disapa Iky ini.

Biodata Ringkas Rizky Febian

Nama Penuh: Rizky Febian Ardiansyah Sutisna
Nama Komersil: Rizky Febian
Tarikh Lahir: 25 Februari 1998
Umur: 19 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Bandung, Indonesia
Adik Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon & Pengacara
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Lagu/Single: Kesempurnaan Cinta, Penantian Berharga, Cukup Tau, Terbaik Untukmu, Papa Telefon, Smile U Don’t Cry dan banyak lagi.

Sinetron: Super Dede, Stereo Season 2 dan Tiba Tiba Manten Barangen.

Filem: Cahaya Cinta Pesantren, Hongkong Kasarung & Sule Detektif Tokek.

Host TV: Kata Bergaya, Bukan Sekedar Wayang, Siang Seru Sama Sule & Saung Sule.

Anugerah & Pencapaian:

Pendatang Baharu TerDahsyat di Dahsyatnya Awards 2016, Pendatang Baharu Paling Ngetop dan Lagu Paling Ngetop di SCTV Music Awards 2016, Song of the Year dan Breakthrough Artist of the Year di Indonesia Choice Awards 2017, Lagu Indonesia Favorit di Nickelodeon Indonesia Kids’ Choive Awards 2016 serta Artis Baru Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016.

Laman Media Sosial Rizky Febian

Trivia Menarik Rizky Febian

  • Mengenengahkan muzik Pop, RnB dan Jazz.
  • Bernaung di bawah label pengurusan NET. Talent Management.
  • Rizfelous merupakan nama kelab peminatnya di Indonesia.
  • Sebagai rujukan untuk menghasilkan karya baharu dan segar, Rizky suka mendengar lagu-lagu dari Isyana Sarasvati, Justin Bieber dan Charlie Puth.
  • Mempunyai tabiat pelik iaitu suka menghabiskan masa yang lama di dalam bilik air.
  • Menjadikan Brian McKnight dan kumpulan Boyz II Men sebagai idolanya dalam bidang seni suara.
  • Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik, Vebby Palwinta sebelum putus di tengah jalan.
  • Memiliki pengikut seramai 2.2 juta diinstagram miliknya.

Foto Menarik Rizky Febian

Biodata-Rizky-Febian-penyanyi-indonesia-300x300 Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia Biodata-Rizky-Febian-300x300 Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia gambar-Rizky-Febian-300x300 Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia Rizky-Febian-300x300 Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

azlan-150x150 Biodata Rizky Febian, Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Rizky Febian #gambar Biodata Rizky Febian #Kenali Rizky Febian #Penyanyi Popular Kelahiran Indonesia #Rizky Febian #rizky febian biodata #rizky febian cukup tau #rizky febian kesempurnaan cinta #rizky febian lagu baru #rizky febian lirik #Rizky Febian Penyanyi Indonesia #rizky febian songs #rizky febian sule #rizky febian youtube

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.