GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!

GST Dan SST, Apa Bezanya Ini Fakta Patut Anda Tahu!

Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu, sudah mula ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya perbezaan GST dan SST? Hal ini demikian kerana selepas kerajaan Pakatan Harapan menjadi kerajaan Malaysia yang baru, ramai yang tertanya-tanya dengan janji mereka iaitu menggantikan GST dengan SST berdasarkan manifesto Pakatan Harapan.

Sebagai rakyat Malaysia kita semua kena peka dengan beban kewangan terutama yang sudah berkeluarga. Sekurang-kurangnya kita mengambil tahu tentang dasar-dasar baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan yang akan memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada perbelanjaan keluarga dan rumah tangga.

GST (Goods and Services Tax) atau CBP (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) telah dilaksanakan di negara ini bermula April 2015 pada kadar asal yang diumumkan sebelum ini ialah 6%. Manakala SST (sales and Service Tax) mula dilaksanakan dalam sistem cukai di Malaysia sejak dari tahun 1970 di era pemerintahan Tun Razak.

Perbezaan GST dan SST Patut Anda Tahu

Apa itu SST?

  • Mula dilaksanakan dalam sistem cukai di Malaysia sejak dari tahun 1970 di era pemerintahan Tun Razak.
  • Cukai jualan hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna. Salah satu sahaja. Cukai perkhidmatan hanya dikenakan di mana-mana perkhdimatan yang tersenarai dalam cukai perkhidmatan.
  • Cukai jualan yang dikenakan adalah 5 peratus dan 10 peratus kepada pengilang atau pengguna. Dan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada pengguna yang mengunakan perkhidmatan bercukai contohnya di Pizza Hut, McDonald, KFC, ASTRO, Tesco, Parking, tiket wayang dan lain-lain.

Apa itu GST?

  • Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah mengantikan sistem cukai SST dengan GST bermula April 2015.
  • Berbeza dengan SST, yang mana setiap peringkat daripada peringkat pengimport, pengilang atau pengeluar, pemborong, peniaga, pengguna akan dikenaikan GST.
  • Setiap peringkat dikenakan cukai GST sebanyak 6 peratus.
  • Ramai yang merungut selepas pelaksanaan cukai ini, harga barang terus melambung tinggi

Beza GST dan SST ialah ia akan dikenakan kepada semua barangan tanpa kecuali. Ini termasuklah pakaian, susu, tepung, beras, semua barang keperluan, tiket bas, LRT, ubat-ubatan dan seterusnya.

Jadi SST ditanggung oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai ‘mewah’. GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan GST.

Jadi, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu bentuk cukai yang menekan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Ia merupakan cukai regresif yang terpaksa dibayar walaupun oleh rakyat termiskin. Ketirisan dan rasuah yang dilakukan oleh bekas pemimpin terpaksa dibayar oleh rakyat melalui GST.

Untuk pengiraan lanjut, anda boleh merujuk gambar di bawah ini;

gst-dan-sst GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!

Siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 16 Mei 2018 mengumumkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar biasa 6% akan dikenakan GST pada kadar 0%. Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh Malaysia sehingga dimaklumkan kelak.

Semoga langkah dari kerajaan ini akan serta-merta mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan penghapusan GST akan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan membolehkan rakyat berbelanja untuk hal-hal lain demi menampung kehidupan mereka.

Loading...

Tags: #apa itu GST #apa itu SST #beza GST dan SST #Cukai Barang dan Perkhidmatan #cukai gst #cukai kerajaan malaysia #goods dan service tax #GST #hapus gst #kadar cukai #kebaikan SST berbanding GST #keburukan GST #manifesto ph #sales and service tax #SST #SST lebih baik dari GST?

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!"