10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!

10 Ciri Ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!

Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita perlu memilih lelaki yang baik. Wanita juga berhak menolak pinangan lelaki yang dinilai tidak akan membawa kebaikan dunia dan akhirat setelah menikah dengan lelaki tersebut.

Ciri-ciri Lelaki Muslim Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang hendaknya dihindari oleh para wanita untuk dijadikan suami:

  1. Lelaki yang Berani Meninggalkan Solat

Orang yang berani meninggalkan solat, bererti telah berani mengkhianati Allah, apa lagi amanah manusia. Rasulullah SAW bersabda:

“Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)

Bagaimana dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang ditetapkan oleh Allah sedangkan solat ialah tiang agama.

  1. Lelaki yang Gemar Melakukan Dosa Besar

Hindari lelaki yang gemar melakukan dosa besar. Misalnya sering mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami seperti ini ibarat hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah, agar Dia mengampuni mereka.

  1. Dayus

Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa tegas dan cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan berketawa dengan laki-laki lain.

  1. Anak Mama (Manja)

Lelaki yang manja bukanlah lelaki sejati. Dia tidak akan mampu mengambil keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada ibunya. Malah, dia akan mengikut kata ibunya tanpa meletakkan perasaan isteri di tepi.

  1. Lelaki yang Jauh Lebih Tua

Jika anda berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta? Atau kerana dia memenuhi nafsu anda untuk memiliki pakaian indah dan perhiasan? Namun, ada satu perkara yang tidak anda pertimbangkan, bahawa pada usia itu, nafsu seksual anda sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam. Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai wanita muslimah?

  1. Lelaki yang Sombong dan Senang Membanggakan Diri

Orang yang memiliki mentaliti seperti ini tidak mengenal perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu.

  1. Workaholic (Gila Kerja)

Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang tinggi, atau penghormatan orang lain. Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri tidak ubahnya seperti perkakasan rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya dengan perasaan yang dingin.

Banyak wanita yang terhormat dan suci yang mengalami masalah seksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan makanan yang lazat.

  1. Menderhaka Kepada Orang Tua

Lekaki seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain. Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana dia punya hak untuk itu?

  1. Lelaki yang Lembut

Orang ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan fikirannya lebih menyerupai wanita. Dia tidak memiliki persiapan untuk memikul tanggung jawab. Sayangnya, lelaki seperti ini sangat banyak di zaman sekarang. Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka lagi.

  1. Lelaki yang Kedekut

Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. Orang yang kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia mati. Kerana ini, Rasulullah SAW melarang umatnya bersifat kedekut. Baginda bersabda,

وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“… dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).

*Ingin mengetahui 20 sifat semulajadi lelaki yang sesuai dijadikan suami? Semak artikel ini http://www.alamaya.info/20-sifat-semulajadi-lelaki-yang-sesuai-dijadikan-suami-wow/

Rujukan :

islamituindah.com.my

Loading...

Tags: #10 ciri-ciri lelaki yang tidak boleh dijadikan suami #ciri-ciri lelaki yang perlu didihindari wanita #elak kahwini lelaki ini #jenis lelaki yang tidak patut dinikahi #sifat lekaki yang tidak baik dikahwini #sifat lelaki

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Leave a reply "10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!"