Cara Melebatkan Bulu Mata Menggunakan Bahan Semulajadi

Cara Melebatkan Bulu Mata

Memiliki bulu mata yang lebat, panjang dan lentik adalah satu kelebihan bagi wanita. Bulu mata yang sedemikian menambahkan lagi kecantikan semula jadi.

Bagi yang berbulu mata tipis dan pendek, bahan semula jadi boleh menjadi penyelesaian bagi anda yang ingin memiliki bulu mata tebal, lebat dan lentik secara kekal. Buktikan sendiri dengan menerapkan beberapa cara melebatkan bulu mata secara alami berikut.

  1. Lidah Buaya

Lidah  buaya memiliki berbagai manfaat dalam dunia kecantikan. Lidah buaya dapat menumbuhkan rambut anda, begitu juga dengan bulu mata anda. Lidah buaya memiliki kandungan karbohidrat, kalori, lemak, protein, vitamin A, vitamin C, thiamin, kalsium, zat besi dan lain-lain.

Anda dapat gunakan gel lidah buaya pada akar bulu mata anda, tetapi hati-hati ketika menyapunya. Lakukan rawatan ini setiap hari pada pagi hari. Dan tunggu perkembangannya.

  1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Minyak ini bersifat melembabkan dan membersihkan. Untuk bulu mata, minyak zaitun merupakan bahan yang tepat untuk melebatkannya. Caranya hanya sapukan sahaja minyak zaitan ke bulu mata seperti penggunaan maskara.

  1. Air Kelapa

Manfaat air kelapa banyak sekali, selain untuk mengatasi pengaruh racun ternyata air kelapa juga mengandung bahan anti kanser dan anti penuaan. Air kelapa memiliki kandungan cytokinin, khlor, kadar kalium dan klorin yang tinggi. Untuk kecantikan, dapatkan air kelapa muda lalu basuhkan pada wajah anda, ini akan menghilangkan bekas-bekas jerawat, memperlambat proses penuaan dan salah satu manfaatnya yang lain adalah memanjangkan rambut termasuk bulu mata.

Caranya, sediakan air kelapa secukupnya saja, pilih air kelapa muda. Setelah dikeluarkan dari tempurung kelapa, biarkan air tersebut selama semalaman. Pagi harinya, gunakan air kelapa tadi untuk membasuh bahagian bulu mata.

  1. Teh Hijau

Teh hijau mengandung sifat antioksida dan anti karsinogenik. Teh hijau biasanya digunakan sebagai pengganti kopi kerana sangat sedikit kandungan kafeinnya. Untuk kesihatan rambut, teh hijau dapat menghindarkan kerosakan rambut dan menyuburkan rambut.

Caranya rendamkan teh hijau dengan air suam dan celupkan kapas lalu lapkan kapas tersebut di sekitar bulu mata selama lebih kurang 15 minit. Apabila selesai, bilas dengan menggunakan air dingin sampai bersih.

  1. Telur Udang

Telur udang adalah jalan alternatif bagi anda yang ingin mendapatkan rambut yang lebat. Telur udang selalu digunakan oleh orang yang mengalami keguguran rambut yang sangat parah. Anda dapat mengambil telurnya untuk bulu mata anda, sisanya dapat digunakan pada rambut. Baunya kurang enak, namun telur udang ini sangat kaya dengan protein.

  1. Telur Ayam

Manfaat putih telur untuk rambut rosak sangat berkesan untuk memperbaiki kondisi rambut. Begitu pula dengan seluruh bagian telur yang memilik manfaat bagi rambut, termasuk alis dan bulu mata.

Protein yang terkandung dalam telur bagus untuk membantu bulu mata anda agar menjadi panjang dan lebat. Kandungan biotin di dalamnya juga baik untuk memperbaiki tekstur bulu mata. Pecahkan sebiji telur, kacaukan lalu gunakan putik kapas untuk menyapukannya ke bulu mata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, cuci dan bilas dengan air dingin.

  1. Kulit Lemon

Lemon memiliki kandungan vitamin C yang baik untuk rambut dan juga bulu mata. Rendam kulit  lemon di dalam minyak zaitun selama beberapa hari, lalu sapukan ke bulu mata anda untuk mendapatkan bulu mata yang panjang dan cantik.

  1. Santan

Santan kaya dengan lemak dan protein yang akan membantu memperbaiki kondisi bulu mata anda. Celupkan putik kapas ke dalam santan dingin dan sapukan ke bulu mata selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan selama dua kali sehari selama beberapa bulan untuk mendapatkan hasil yang baik.

  1. Minyak Almond

Minyak almond mengandungi banyak antioksidan dan vitamin E adalah sumber dari manfaat almond untuk rambut dan juga dapat berguna untuk memanjangkan bulu mata.

Cara menggunakannya sama dengan jenis minyak yang lain, iaitu dengan menyapukannya pada bulu mata. Pada dasarnya, jenis minyak pati yang lain juga dapat digunakan dalam rawatan bulu mata agar menjadi panjang secara alami.

Loading...

Tags: #cara melebatkan bulu mata #cara memanjangkan bulu mata dalam 1 minggu #cara memanjangkan bulu mata dengan vaseline #cara memanjangkan bulu mata secara alami terbukti cepat #cara memanjangkan dan melentikkan bulu mata #cara menebalkan bulu mata dan alis #memanjangkan bulu mata dengan minyak zaitun #petua melebatkan bulu mata #petua memiliki bulu mata cantik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.