Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak

Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak

Nama Sabhi Saddi tidak perlu diperkenalkan lagi di persada seni hiburan tanah air.

Tidak bersandar pada rupa paras yang kacak dan berbadan sasa, lelaki berusia 33 tahun ini teguh berdiri memperdagangkan bakat seninya.

Anak kelahiran Sabah ini bukan sahaja mencipta nama dalam dunia lakonan malahan bergelar seorang penyanyi R&B.

Terkini, figura berkulit putih ini muncul dengan drama terbaharunya berjudul Awak Suka Saya Tak bergandingan dengan Emma Maembong dan Alvin Chong mulai 25 September 2017 menerusi slot Mega Drama di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik pelantun lagu Nadiku dan Cinta Sesungguhnya ini.

Biodata Ringkas Sabhi Saddi

Nama Penuh: Sabhi Saddi
Nama Komersil: Sabhi Saddi
Tarikh Lahir: 4 September 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Zodiak: Virgo
Asal: Sandakan, Sabah
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model & Pengacara
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem/Filem:
Awak Suka Saya Tak, Tauke Jamu, Abang Sado Tolong Beres, Andainya Takdir, Bodyguard, Bibik-Bibikku, Walau Air Mata Darah, Puteri Gunung Ledang, Lambaian Ramadan, Biar Aku Jadi Penunggu, Lalong, Isteriku Cikguku, Seutas Gelas Emas, Klip 3gp, Antara Cinta Laut China Selatan dan banyak lagi.

Lagu/Single: Percuma, Cinta Sesungguhnya (duet bersama Marsha Milan), Nadiku, Kisah Kita (duet dengan Nieyl), Tiada Lagi Cinta, Bukan Isteri Sempurna (duet bersama Mila Jirin), Seperti Dulu Lagi (duet bersama Vienna Fridiana), Tanpamu (duet bersama Helena), Waktu, Setia Menunggumu, Sayang Giler (kumpulan Esdeco) dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Sabhi Saddi

Trivia Menarik Sabhi Saddi

  • Untuk info, figura kacak ini pernah menjadi ahli kepada dua kumpulan nyanyian hiphop iaitu One Nation Emcess dan Esdeco.
  • Selain berlakon dan menyanyi, Sabhi juga berbakat besar dalam pelbagai jenis tarian seperti hiphop dan ballroom.
  • Sedar atau tidak, tahun ini merupakan tahun ke-14 Sabhi bergelar anak seni.
  • Menamatkan zaman solonya dengan wanita pilihan hati bernama Rosi Aswani pada 17 Julai 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
  • Sabhi kini bernaung di bawah label pengurusan LMA Talent House.
  • Pernah menyertai program realiti masakan, MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua.
  • Di samping suka terperap di rumah, Sabhi juga gemar bersenam di gimnasium, bermain bola sepak dan memancing di waktu lapang.
  • Memiliki lebih 60,000 pengikut di instagram dan lebih 14,000 pengikut di twitter miliknya.

Foto Menarik Sabhi Saddi

foto-Sabhi-Saddi-300x300 Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak gambar-selfie-Sabhi-Saddi-300x300 Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak keluarga-Sabhi-Saddi-300x300 Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak wajah-pelakon-Sabhi-Saddi-300x300 Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak

azlan-150x150 Biodata Sabhi Saddi, Aktor Handsome Drama Awak Suka Saya Tak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #asal usul sabhi saddi #Biodata Sabhi Saddi #Drama Awak Suka Saya Tak #Kenali Sabhi Saddi #pelakon awak suka saya tak #pelakon drama awak suka saya tak #Profil Sabhi Saddi #Sabhi Saddi #Sabhi Saddi Aktor Drama Awak Suka Saya Tak #sabhi saddi berlakon #sabhi saddi dan isteri #sabhi saddi drama #sabhi saddi kahwin #sabhi saddi lagu #Sabhi Saddi Nadiku #sabhi saddi profile #sabhi saddi setia menunggu #Tonton Awak Suka Saya Tak

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.