4 Cara Mudah Agar Minyak Masak Anda Tidak Cepat Keruh & Jimat Belanja!

Minyak Masak Anda Tidak Cepat Keruh

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari menyebabkan sesetengah masyarakat terpaksa berjimat-cermat dalam urusan perbelanjaan harian masing-masing.

Malah, harga barangan di pasaraya atau kedai-kedai runcit seperti bahan memasak turut naik melambung sekaligus menyusahkan pelbagai pihak.

Sebagai contoh, harga minyak masak semakin meningkat di pasaran sehingga menyebabkan orang ramai mula cermat apabila menggunanya untuk memasak supaya tidak menjadi keruh dan rosak.

Jangan risau! Ikuti 4 cara mudah ini agar minyak masak anda tidak cepat keruh dan rosak meskipun digunakan berulang kali.

1. Beli Minyak Masak Berkualiti

Pertama, sila pastikan anda membeli minyak masak yang berkualiti bukan minyak masak yang dikitar semula. Media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat banyak minyak masak kitar semula dijual di pasaran berdekatan kita semua. Bukan sahaja cepat keruh dan rosak, minyak kitar semula turut mendatang masalah kesihatan jika digunakan. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dengan menggunakan minyak masak berkualiti.

2. Kecilkan Api Ketika Memasak

Anda diminta jangan menggunakan api yang terlalu besar ketika sedang memasak di dapur. Minyak yang dipanaskan dengan api besar akan lebih cepat berubah warna menjadi coklat. Sebaik-baiknya sila menggunakan api yang sederhana saat memasak supaya minyak anda tahan lama dan tidak mudah rosak.

3. Bersihkan Minyak

Selepas menggoreng, anda disarankan untuk membersihkan minyak masak yang telah digunakan. Pastikan anda membuang segala sisa atau bekas makan yang tertinggal dalam minyak masaka berkenaan. Jangan lupa untuk menyaringkan semula minyak masak setelah digunakan.

4. Simpan Minyak Dalam Bekas Tertutup

Untuk mengekalkan kualiti, simpan minyak masak yang telah digunakan dalam bekas tertutup, bersuhu dingin dan jauhi dari haba panas. Dengan cara ini, minyak masak akan terhindar daripada pengoksidaan dimana anda boleh menggunakannya sebelum bertukar menjadi keruh.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Minyak Goreng Cepat Keruh #Minyak Masak Anda Tidak Cepat Keruh #Tips Agar Minyak Goreng Tidak Cepat Menghitam #Tips Atasi Minyak Masak Jadi Keruh Dan Rosak #Tips Dan Trik Agar Minyak Goreng Hemat #Tips Jimat Guna Minyak Masak #Tips Menjernihkan Minyak Goreng Bekas Pakai #Trik Jitu Agar Minyak Goreng Tidak Mudah Keruh

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman

Comments are closed.