4 Tips Mudah Kekalkan Ketajaman Pisau Di Dapur Anda!

4 Tips Mudah Tajamkan Pisau Di Dapur Anda!

Pisau merupakan alatan memotong yang wajib ada di dapur kita semua lebih-lebih ketika melakukan kegiatan memasak.

Pisau yang tajam sangat penting supaya dapat memudahkan proses memotong, mencicah dan menghiris segala bahan makanan untuk dimasak.

Namun, pisau akan menjadi cepat tumpul dan karat apabila sering digunakan tanpa sebarang penjagaan rapi.

Nah, ini 4 tips mudah tajamkan pisau di dapur anda. Selamat mencuba!

1. Cuci Pisau Setelah Digunakan

Sebaik-baiknya anda perlu segera membasuh pisau dengan bersih lalu dikeringkan seketika setelah selesai menggunakannya. Ingat, jangan biarkan pisau yang masih kotor disimpan atau terletak begitu sahaja. Segala sisa yang melekat padanya akan membuat pisau menjadi cepat tumpul dan berkarat.

2. Tentu Fungsi Dan Kegunaan Pisau

Buat kakak-kakak dan ibu-ibu sekalian, sangat penting untuk memiliki lebih daripada satu pisau. Seelok-eloknya penggunaan pisau untuk daging, sayur-sayuran atau bahan makanan lain dibeza-bezakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan penggunaan pisau-pisau berkenaan. Pisau untuk memotong bahan makanan lembut seperti sayur-sayuran akan cenderung bertahan lebih lama berbanding pisau yang digunakan untuk bahan-bahan yang lebih keras. Oleh itu, tentukan fungsi dan kegunaan pisau-pisau yang terdapat di rumah anda.

3. Bersihkan Pisau Dengan Air Perahan Lemon

Masalah karat boleh menjejaskan ketajaman sebilah pisau. Tahukah anda, air perahan lemon boleh mengatasi masalah karat pada alat memotong tersebut. Semudah ABC, anda hanya perlu cuci pisau dengan air sederhana panas terlebih dahulu kemudian gosok dengan spam yang telah direndam air perahan lemon. Setelah siap, bilas dan keringkan seperti biasa.

4. Guna Alas Pemotong Jenis Permukaan Rata

Last but not least, sila guna alas pemotong yang jenis permukaan rata agar pisau anda boleh bertahan lebih lama. Jika menggunakan alat pemotong yang kurang rata akan memberikan kesan tumpul dan cepat berkarat pada pisau-pisau kegunaan anda.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara mengasah pisau yang tumpul #Cara mudah nk tajamkan pisau #Cara Mudah Tajamkan Pisau Di Dapur Anda #Petua Mudah Tajamkan Mata Pisau Yang Tumpul #Tajamkan Mata Pisau #Teknik Mengasah Pisau #Tips Atasi Pisau Karat #Tips Atasi Pisau Tumpul #Tips Mudah Kekalkan Ketajaman Pisau #Tips Pisau Sentiasa Tajam

Kecutkan Cyst Ovari Dengan Rawatan Herba
Sebelum pembedahan menjadi pilihan terakhir yang ada untuk merawat ovarian cyst, adalah lebih
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu,
10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman

Comments are closed.