Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha

Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha

Meskipun sudah lama bergelar sebagai anak wayang, wanita bernama Tunku Hanis (Hanis) ini kurang dikenali berbanding pelakon-pelakon wanita yang lain.

Percaya atau tidak, pelakon jelita dan tinggi lampai ini sudah memasuki tahun kesepuluh di pentas lakonan tempatan.

Bakat yang dimilikinya tidak boleh dipandang sebelah mata terutamanya ketika membawa karakter antagonis seperti wanita jahat dan penggoda.

Antara drama dan telefilem yang pernah dijayakannya adalah Memori Cinta Suraya, Suamiku Encik Sotong, Dia Imamku dan Papa Ricky.

Untuk makluman para pembaca, buah tangan terbaharu Hanis iaitu drama bersiri Raisha sedang rancak ditayangkan setiap Rabu dan Khamis tepat pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik pemilik nama Tunku Noranis Tunku Salman dibawah. Selamat membaca!

Biodata Ringkas Tunku Hanis

Nama Penuh: Tunku Norhanis Tunku Salman
Nama Komersil: Tunku Hanis
Umur: 27 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 24 Mei 1990
Zodiak: Gemini
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model & Usahawanita
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Raisha, Suamiku Encik Sotong, Papa Ricky, Memori Cinta Suraya, Dia Imamku, Jenayah Cinta, Cerita Sebenarnya Mengenai Bibah, Coklat, Mat Kari Mek Tomyam, Sedetik Cinta, Lelaki Itu, Gempur Wira, Villa Ghazara, Cinta Sate, Antara Garisan, Kasih Alia, Sia Sia Cinta, Sepahtu Reunion 1, Bust Stop, Cerita Dari Mastika (Rumah Atas Kubur), Cinta Iris, Elit, Duhai Bonda, Uri, Selagi Masih Ada, Ikhlas, Masihkah Ada Kasih dan banyak lagi.

Filem: Encik Suami Perfect 10, Qadr & Hantu Bukit Cina.

Laman Sosial Media Tunku Hanis

Trivia Menarik Tentang Tunku Hanis

  • Seorang yang happy go lucky, lasak, berani, tegas dan gemar bersukan.
  • Lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan menerusi program kerjasama Sekolah Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE).
  • Mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan.
  • Hanis adalah berketurunan kerabat Negeri Sembilan (sebelah ayahnya).
  • Fauziah Ahmad Daud (Ogy) merupakan idola Hanis dalam bidang seni lakonan.
  • Menjalankan bisnes berasaskan produk losyen pelansing iaitu Perfumed Collagen Lotion dibawah label Nona Manis sejak April lalu.
  • Mengamalkan petua kecantikan dengan menggunakan air basuhan beras untuk mencuci muka.
  • Hanis pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak saudara Datuk Khalid Jiwa (Datuk K) beberapa tahun lalu.
  • Berkawan baik dengan pelakon cantik manis, Fathia Latiff.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Tunku Hanis

artis-Tunku-Hanis-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha foto-pelakon-Tunku-Hanis-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha pelakon-jelita-Tunku-Hanis-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha produk-kecantikan-Tunku-Hanis-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha rambut-Tunku-Hanis-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha tunku-hanis-jelita-300x300 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha

azlan-150x150 Kenali Tunku Hanis, Pelakon Jelita Drama Raisha

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ringkas Tunku Hanis #Biodata Tunku Hanis #Kenali Tunku Hanis #Laman Sosial Media Tunku Hanis #Profil Tunku Hanis #Trivia Menarik Tentang Tunku Hanis #Tunku Hanis #tunku hanis drama #tunku hanis instagram #tunku hanis pelakon #tunku hanis profile #tunku hanis seksi #tunku hanis umur #tunku hanis wiki

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.