Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act

Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act

Tahukah anda, penyanyi bernama Mhd Firman Bansir atau Firman kini bergelar vokalis baru kepada kumpulan Hyper Act yang popular dengan lagu seperti Hanya Aku dan Jangan Pergi.

Figura kelahiran Sabah ini menggantikan tempat bekas vokalis kumpulan berkenaan iaitu Kechik atau nama lengkapnya Muhammad Fauzi Kamaruddin.

Selain Firman, kumpulan ini turut dianggotai oleh Freddy (gitar), Etan (gitar), Loco (keyboard), Akir (keyboard) dan Ejam (dram).

Malah, mereka turut melancarkan single terbaharu berjudul Kasih dimana menjadi lagu tema buat drama berantai popular TV3 iaitu Titian Cinta.

Untuk info, Firman merupakan juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014 yang terkenal dengan lagu Di Pintumu.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai biodata dan trivia menarik jejaka bersuara serak basah ini.

Biodata Ringkas Firman

Nama Penuh: Mhd Firman Bansir
Nama Komersil: Firman/Firman Hyper Act/Firman AF2014
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 15 Julai 1989
Zodiak: Cancer
Asal: Tawau, Sabah
Adik Beradik: Anak kelapan daripada 11 beradik
Kerjaya: Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Kasih, Di Pintumu, Kau Yang Satu, Paling, Engkau Yang Tahu, Bohong, Kekasih Hati, Siapalah Kita, Yakin Aku dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Firman

Trivia Menarik Tentang Firman

  • Graduan Diploma Kewangan dari University Teknologi Mara (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.
  • Pernah bekerja sebagai pelayan di kafe Starbucks dan siber kafe.
  • Sebelum menyertai AF 2014, Firman pernah menganggur dan tidak pulang ke kampung halaman kira-kira duat tahun disebabkan gagal mendapatkan pekerjaan.
  • Pernah busking di jalanan untuk sara hidup.
  • Merupakan finalis Top 24 program AF Megastar 2017.
  • Menyandang tempat keempat di program Duo Star bersama-sama Ayai Ilusi.
  • Turut menyertai kumpulan Senaman dengan Azlee dan Wahid Senario dalam program Juara Parodi.
  • Firmanations adalah nama kelab peminat penyanyi ini.
  • Selain berbisnes dalam bidang kontraktok dan pembinaan, Firman turut membuka restoran di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai F&M.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Firman

firman-af2014-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act Firman-hyper-act-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act foto-firman-terbaru-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act penyanyi-firman-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act persembahan-firman-AF-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act rambut-firman-AF-hyper-act-300x300 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act

azlan-150x150 Biodata Firman, Dari Juara AF2014 Kini Vokalis Kumpulan Hyper Act

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Firman Hyper Act #Firman AF2014 #Firman Bansir #Firman Hyper Act #firman kehilangan #hyper act kasih #hyper act lagu #hyper act wiki #lagu baru firman af #Laman Media Sosial Firman #penyanyi baru hyper act 2017 #Trivia Menarik Tentang Firman

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.