Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik

Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik

Nama Hafiz Hamidun semakin tular dan hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu di media-media sosial hari ini.

Lebih-lebih lagi berkaitan kes penceraian pemuda ini dengan bekas isterinya iaitu Joy Revfa yang merupakan ushawanan kosmetik.

Untuk pengetahuan para pembaca, Hafiz dan Joy telah sah bercerai pada 25 Oktober 2017 selepas pelantun lagu Jodoh Berdua ini memfailkan permohonan cerai (talak satu) pada 12 Oktober lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017.

Sekadar info, anak kelahiran Perak ini merupakan penyanyi popular yang mengangkat lagu-lagu kerohanian, ketuhanan dan Islamik.

Terbaharu, figura berbintang Virgo ini muncul dengan drama bersiri lakonannya iaitu Mr. Hijab yang disiarkan menerusi slot Iris di TV3 mulai 17 Oktober lalu. Drama berkenaan turut dijayakan oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad dan Shiqin Kamal.

Mari berkenalan lebih dekat dengan bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC ini.

Biodata Ringkas Hafiz Hamidun

Nama Penuh: Mohammad Hafiz Hamidun
Nama Komersil: Hafiz Hamidun
Umur: 33 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 21 September 1984
Zodiak: Virgo
Asal: Teluk Intan, Perak
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Pelakon, Pengacara, Penulis & Usahawan
Status: Duda (2017)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Janjiku, Yang Dinanti, Jodoh Berdua, Kasih Padamu, Yang Dinanti, Marhaban, Ya Rasul, Bukti Cintaku, Habeeb, Lawkana Bainana, Sollu Ala Khairil Anam, Pemergian Rasul, Tolaal Badru Alaina, Cinta Ke Syurga, Kesaktian Cinta, Jawapan Rindu, Melihat Bintang, Kau Yang Satu, Cinta Hati, Dengarkan Segalanya dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Mr.Hijab dan Jalan Kembali.

Laman Media Sosial Hafiz Hamidun

Trivia Menarik Tentang Hafiz Hamidun

  • Memiliki syarikat rakaman sendiri yang dikenali sebagai Arteffects International yang beroperasi sejak 2011 di Damansara.
  • Setakat ini, Hafiz telah menerbitkan enam buah album studio mulai Hafiz Hamidun (2007), Syukran (2008), Zikir Terapi Diri (2011), Zikir Terapi Diri 2 (2013), Zikir Terapi Diri 3 (2014) dan I Love Rasulullah (2015).
  • Menjalankan bisnes pakaian lelaki muslim seperti jubah dan kurta di bawah jenama HAJE.
  • Turut menghasilkan dua buah buku motivasi dan kerohanian iaitu Cerita Hati Hafiz Hamidun dan Jodoh Berdua.
  • Menyandang tempat kelima dalam program realiti nyanyian, Gema Gegar Vaganza (GGV).
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Aktif nasyid sejak di bangku sekolah lagi.
  • Memenangi pelbagai anugerah seperti Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016, Lagu Paling Popular di Anugerah Nasyid IKIM 2015 dan Komposer Muda Top di Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2009.
  • Mempunyai lebih 600,000 pengikut di instagramnya.

Foto Hafiz Hamidun

foto-hafiz-hamidun-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik gambar-selfie-hafiz-hamidun-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik hafiz-hamidun-terbaru-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik hafiz-hamidun-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik penyanyi-nasyid-hafiz-hamidun-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik wajah-terbaru-Hafiz-Hamidun-300x300 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik

azlan-150x150 Biodata Hafiz Hamidun, Penyanyi Lagu Kerohanian & Islamik

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hafiz Hamidun #Hafiz Hamidun #hafiz hamidun cerai #hafiz hamidun dan heliza helmi #hafiz hamidun dan joy revfa #hafiz hamidun isteri #hafiz hamidun joy revfa #hafiz hamidun terkini #hafiz hamidun wife #hafiz hamidun wiki #Kenali Hafiz Hamidun #Laman Media Sosial Hafiz Hamidun #Trivia Menarik Tentang Hafiz Hamidun

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.